CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8185|Reply: 0

Menteri Luar Estonia cadang TikTok diharamkan di Eropah

[Copy link]
Post time 20-1-2025 09:22 AM | Show all posts |Read mode

TikTok didakwa menyebarkan maklumat palsu dan menjadi platform untuk memanipulasi pilihan raya. Gambar kecil: Margus Tsahkna. Foto Agensi

MOSCOW - Eropah perlu mempertimbangkan untuk mengikuti langkah Amerika Syarikat mengharamkan TikTok, kata Menteri Luar Estonia, Margus Tsahkna pada Ahad selepas mendakwa platform perkongsian video pendek itu menyebarkan maklumat palsu, lapor Sputnik/RIA Novosti.

"Selama beberapa tahun kebelakangan ini, kita menyaksikan TikTok menyebarkan maklumat palsu dan menjadi platform untuk memanipulasi pilihan raya. Selain itu, pengumpulan data secara besar-besaran oleh platform ini diketahui menimbulkan risiko keselamatan yang serius. Pengharaman TikTok perlu dipertimbangkan di Eropah juga," kata Tsahkna menerusi hantaran di platform X.

Seorang wartawan Sputnik/RIA Novosti pada Ahad melaporkan bahawa TikTok tidak lagi boleh diakses oleh pengguna di Amerika Syarikat (AS) dan telah dikeluarkan daripada App Store.

Pada Jumaat, Mahkamah Agung AS sebulat suara mengekalkan undang-undang yang melarang aplikasi perkongsian video milik syarikat China itu atas alasan keselamatan negara. Rumah Putih menyatakan keputusan muktamad mengenai masa depan TikTok di AS harus dibuat oleh pentadbiran Donald Trump yang mengambil alih pentadbiran selepas tempoh larangan itu berkuat kuasa.

Trump berkata keputusan mahkamah tertinggi AS untuk mengekalkan pengharaman TikTok perlu dihormati dan beliau akan membuat keputusan mengenai perkara itu dalam masa terdekat. - Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 11:43 PM GMT+8 , Processed in 0.078867 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list