Tangkap layar video Lhilynazaya menguruskan bapanya yang sakit seorang diri dan meluahkan rasa kesal terhadap tindakan adik-beradik lain bersikap lepas tangan.
JAKARTA - Kecewa sikap lepas tangan dalam menjaga ayah yang sedang sakit tenat, seorang wanita nekad memutuskan tali persaudaraannya dengan lima beradiknya yang lain.
Menerusi hantaran video di TikTok, Lhilynazaya berkata, dia terpaksa berdepan cabaran dalam menguruskan ayahnya di hospital yang sedang bertarung dengan kanser paru-paru tahap empat, walaupun mempunyai tanggungjawab lain sebagai seorang ibu kepada dua cahaya mata.
“Ayah mempunyai enam anak, tetapi yang menjaganya dari awal sehingga kini hanyalah saya seorang.
Segala prosedur rawatan termasuklah radioterapi dan kemoterapi ayah, diuruskan Lhilynazaya seorang diri sehingga hospital kini diibaratkan sebagai rumah kedua. "Mereka langsung tidak bertanya khabar malah hanya berdiam diri saat mengetahui ayah dimasukkan ke hospital.
“Kalau tidak boleh bantu dari sudut kewangan atau tenaga kerana sibuk bekerja, cukuplah bertanya keadaan ayah walaupun hanya untuk lima minit,” ujarnya.
Lebih mengecewakan, tiada seorang daripada adik-beradiknya menghubungi Lhilynazaya sehingga kini, apatah lagi mengambil berat keadaan ayahnya yang sedang nazak.
Ayah Lhilynazaya sedang bertarung dengan kanser paru-paru tahap empat.
Tambahnya, segala prosedur rawatan termasuklah radioterapi dan kemoterapi ayah, diuruskannya seorang diri sehingga hospital kini diibaratkan sebagai rumah kedua.
“Insya-ALLAH, saya reda dan ikhlas dalam menjaga ayah walaupun sakit hati mengenangkan kelakuan adik-beradik lain.
“Buat semua adik-beradik, ingatlah tidak mudah untuk menjaga orang tua lebih-lebih lagi diuji dengan sakit seperti ini.
"Mulai hari ini, kita bukan lagi saudara. Nanti kalau ayah sudah tiada, jangan menyesal,” katanya.
|