View: 27854|Reply: 9
|
Akibat jayakan babak lagak ngeri, saraf leher Adam Lee ‘lari’
[Copy link]
|
|
Pelakon Adam Lee mengakui kecewa apabila terpaksa melepaskan beberapa tawaran lakonan susulan kecederaan pada bahagian saraf leher yang dialaminya pada bulan Disember lalu.
Adam atau Muhamad Arif Adam Mohamed Fadlee, 31, berkata, dia mengalami hentakan kuat pada bahagian leher semasa sesi latihan bagi sebuah babak lagak ngeri sehingga menyebabkan kepalanya tidak boleh bergerak.
“Leher saya tidak patah atau retak, cuma saraf pada bahagian itu ‘lari’ sedikit. Sebenarnya saya mahu keluar daripada zon selesa dengan melakukan babak aksi sendiri tetapi tidak sangka pula baru sesi latihan sudah cedera.
“Ketika itu memang rasa sangat sakit dan kepala tidak boleh bergerak dan tangan pula kebas.
“Seminggu saya ditahan di wad untuk dapatkan rawatan dan baru sahaja keluar pada 1 Januari lalu tetapi sedih sebab banyak tawaran lakonan lain saya terpaksa lepaskan,” katanya baru-baru ini.
Bintang dram Budak Tebing itu juga dinasihatkan oleh doktor untuk berehat selama sebulan selain memberi fokus kepada aktiviti senaman di gimnasium.
“Sebelum ini kira-kira sebulan juga saya tidak turun ke gimnasium kerana mahu turunkan berat badan.
“Namun, doktor nasihatkan saya untuk teruskan bersenam dan bina otot semula untuk tampung kesakitan,” ujarnya:
Terdahulu, pada Disember lalu, Adam Lee memuat naik gambar imbasan X-ray bahagian lehernya yang cedera sehingga terpaksa menerima rawatan di sebuah pusat perubatan swasta.
Aktor itu turut meminta maaf kepada penerbit dan stesen televisyen kerana terpaksa menarik diri daripada beberapa projek atas faktor kesihatan.
Sumber – KOSMO! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
sebulan diet, memang nampak slim la heols |
|
|
|
|
|
|
|
PULANGKAN replied at 23-1-2025 10:43 AM
sebulan diet, memang nampak slim la heols
Ooo diet ke… terkezut SG tgk dlm tv baru ni kurussss sgt. mcm sakit pulak. Wife pon dah la jenis kuris keding juga |
|
|
|
|
|
|
|
Nampak lah ensem cuma kalau pegi lagi kurus, mmg x hensem dah |
|
|
|
|
|
|
|
Ensem boleh jadi pelakon Korea dah la tinggi 180 cm |
|
|
|
|
|
|
|
Mustahil 180 je.
Sebab heolls nampak tinggi betul.
Probably 185 kot. La sebuk dengan ketinggian orang.
![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
hensem dia ni..muka bad boy.. bamtah hensem muka goor boy[em:4:] |
|
|
|
|
|
|
|
Filem melayu x kemana...bukan best pun....x yah la sampai hilang nyawa ko dik... |
|
|
|
|
|
|
|
Meol ade satu je permintaan kat adam lee ni. Jgn buat scene nanges.... |
|
|
|
|
|
|
|
Nampak herlok bila dah tak sado sangat. Sebelum ni dah rupa zul ripin esbok. |
|
|
|
|
|
|
| |
|