View: 12574|Reply: 11
|
Harith Iskander Akan Dipanggil Jakim, Isu Komen ‘Ham’ Persenda Nabi
[Copy link]
|
|
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil pelawak Harith Iskander bagi mendapatkan perincian berhubung didakwa telah menjadikan agama sebagai bahan jenaka.
Memetik laporan Free Malaysia Today (FMT), Ketua Pengarah Jakim iaitu Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee memaklumkan bahawa pihaknya telah membuat laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi siasatan dan tindakan lanjut berhubung isu terbabit yang secara tidak langsung telah menimbulkan keresahan umat Islam.
Difahamkan, Jakim juga telah bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan sekatan akaun dan menurunkan kandungan tersebut.
"Semua pihak diminta bertenang dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan."
"Jakim tidak akan sesekali berkompromi dengan sebarang tindakan yang mempersendakan ajaran Islam dan menyinggung sensitiviti umat Islam serta menyeru semua pihak mengamalkan sifat hormat dan bertoleransi dalam kehidupan bermasyarakat."
Pada minggu lalu, Harith berjenaka menyatakan ‘iman tergugat’ apabila dia mempertimbangkan untuk menikmati ‘Ham Sap Kopi’.
Harith membuat jenaka itu di tengah-tengah kontroversi sandwic ‘ham & cheese’ yang didakwa tidak mempunyai perakuan halal dengan produk tersebut dijual di kedai serbaneka di Universiti Malaya
Pada 20 Januari lalu, selebriti Shahrol Shiro membuat laporan polis berkait hantaran media sosial dimuat naik Harith.
Laporan itu turut menyebut aduan terhadap seorang individu lain dikenali sebagai Cecelia Yap Song KL, yang didakwa meninggalkan komen yang dianggap menghina Islam dan mempermainkan nama Nabi Muhammad SAW.
Shahrol menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan segera terhadap kedua-dua pihak, menyatakan bahawa sensitiviti agama harus dihormati dan tidak boleh dijadikan bahan jenaka.
Sumber: Free Malaysia Today (FMT), Oh Bulan
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aku malas sebenarnya nak komen hal yang ada kaitan dengan Harith ni..tapi nak ham sap kopi tu apa?
Itu je aku nak tau |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas panggil harith, sila pos dia ke LA, tlg padamkan serpihan api neraka di sana. Alang2 mmg x praktiskan islam pun serta mainkan islam, pegi le ke tenpat yg org appreciate your kind of stand up comedy, sambil berbakti padamkan api. Well, dia tau audience dia x ramai malay, bermakna periuk nasik dia sgt ckit terkesan klu malay boikot dia. tu pasal dia berani mainkan islam. |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm mane dia bole jdi pelawak yg tk kelakar pun..his jokes are all lame and boring.. |
|
|
|
|
|
|
|
Isu Ham tu jer kut sebab mmg confuse pun. |
|
|
|
|
|
|
|
Satu benda je tak paham, si deodorant ni kenapa buka ruang utk bangsa lain mocking agama Islam? Heolls benci Islam ke? Nak tunjuk terpaling liberal, terpaling woke, so kena main sentimen agama sendiri ke? Nak mesh well dgn kawan2 non-muslim, so kena main agama sendiri sampai kawan2 boleh ejek ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Prickford: Satu benda je tak paham, si de ...
Hati itam aku laa kataa . Dia mmg tak suka pun beragama islam.. nak kuar tak boleh.. |
|
|
|
|
|
|
|
ko nk liberal xnak practice islam nk jadi kafir lantak la
tapi xyah la main kan agama Islam.. |
|
|
|
|
|
|
|
i tak pernah rasa dia kelakar...joke ulang2...muka annoying..
Kumar the best.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia suka agaknya provoke Hal agama .
Biar lah Jakim ajar dia lps ni ..beri kaunseling berkala betul kan akidah dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by lazim at 23-1-2025 03:50 PM
Iols ada je. Kawan atheis yg rapat. Mmg dia punya pandangan ttg islam lain. Tapi dia tak ejek islam dia gelakkan semua agama yg mana pd dia byk benda mengarut. Dan dia lansung tak tonjolkn dri dia sbg atheis sbb dia ada adik beradik yg mmg xlah urban pon. Tapi dia kawan yg baik sgt2 baik. Disaat kita down dia sentiasa ada. Tak mcm harith kutuk islam je. Kwn iols xpcya mn2 agama so sama rata je dia kritik |
|
|
|
|
|
|
| |
|