View: 5451|Reply: 16
|
[Jenayah]
Imigresen, KKM serbu 10 klinik haram, tahan 10 warga Bangladesh menyamar doktor
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyerbu 10 premis di ibu kota yang disyaki beroperasi sebagai klinik secara haram sejak setahun lalu dan berhasil menahan 10 lelaki warga Bangladesh menyamar sebagai doktor di setiap tempat terbabit.
Ketua Pengarah JIM, Datuk Zakaria Shaaban, berkata JIM bersama Kementerian Kesihatan (KKM) melancarkan operasi khas terhadap 10 lokasi membabitkan enam premis di Jalan Tun Tan Siew Sin, dua di Leboh Pudu dan satu di Jalan Silang semalam.
Beliau berkata, operasi yang bermula jam 11.45 pagi itu membabitkan sepasukan pegawai pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya dengan kerjasama Bahagian Penguatkuasa (Farmasi) KKM Kuala Lumpur dan Putrajaya.
"Operasi dibantu pegawai dari Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Perak dan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Perlis," katanya dalam kenyataan hari ini.
Zakaria berkata, operasi ini turut disertai Timbalan Ketua Pengarah Operasi Imigresen, Jafri Embok Taha; Pengarah Bahagian Perisikan Dan Operasi Khas, Mohamad Anas Mohamad Dzarib; Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Farmasi KKM, Mohd Zawawi Abdullah dan Timbalan Pengarah, Cawangan Perisikan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan Farmasi KKM, Mohd Azaruddin Jais.
"Berdasarkan aduan awam dan maklumat risikan yang dijalankan selama dua minggu, pasukan operasi diatur gerak ke lokasi premis perniagaan dan berjaya menahan 10 orang lelaki warga Bangladesh berusia di antara 31 hingga 50 tahun.
"Semakan awal, mendapati seorang yang ditahan memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) Sektor Perkhidmatan, enam orang memiliki PLKS Sektor Pembinaan, dua orang tinggal lebih masa, manakala seorang lagi tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pas yang sah untuk berada di negara ini," katanya.
Beliau berkata, pasukan operasi merampas peralatan doktor palsu, ubat-ubatan dan wang tunai RM800 dipercayai adalah hasil rawatan dan jualan ubat.
"KKM juga merampas sebanyak 502 jenis ubat tidak berdaftar dan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM265,192.00.
"Warga asing ini disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 13(a) Akta Racun 1952, Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Racun (Bahan bahan Psikotropik) 1989, dan Peraturam 7(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984," katanya.
Zakaria berkata, modus operandi digunakan adalah menawarkan perkhidmatan rawatan pesakit melalui doktor warga Bangladesh yang tidak bertauliah dengan menyasar warga negara terbabit sahaja.
"Ubat-ubatan yang dijual mereka tidak berdaftar dan tiada kelulusan KKM yang dibawa masuk oleh warga Bangladesh yang datang sebagai pelancong dengan bayaran sebanyak RM200 hingga RM500 setiap seorang.
"Kegiatan ini berselindung di sebalik kedai makan atau kedai runcit bagi mengaburi pihak berkuasa. Bayaran rawatan dan penjualan ubat-ubatan yang dikenakan adalah sebanyak RM50 hingga RM200 bagi setiap pelanggan warga Bangladesh dan dipercayai telah beroperasi selama satu tahun.
"Kesemua warga asing ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan ditahan di Depot Imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut," katanya.
Beliau berkata, dua lelaki warga Bangladesh dan enam wanita tempatan diberi notis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan.
Sumber : - Berita Harian
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sampai menyamar jadi doktor? Wah, nampak sangat tak heran dengan polis sini. |
|
|
|
|
|
|
|
"Apa saiya salah abang..bukan ini negara MALAYSIA BOLEH,SEGALANYA DIPERMUDAHKAN ka"???-Bangla |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dua_chzy at 24-1-2025 09:55 AM
Sial bangla warga asing ni suma. Benci betul meols tempat meols pun tiber hada Banglas seblom ni Pukistan ja warga Asia Selatan merata di sini. |
|
|
|
|
|
|
|
Tiber nanti Rohingla pun datang sini beranak macam lipas pehtu buat sial. Eeee. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by FOTHER-MUCKER at 24-1-2025 02:18 AM
indon jadi perompak, pecah rumah, kaki klim, Bangla jadi peniaga haram, jadi doctor haram, pembuat document palsu.
|
|
|
|
|
|
|
|
"...menawarkan perkhidmatan rawatan pesakit melalui doktor warga Bangladesh yang tidak bertauliah dengan menyasar warga negara terbabit sahaja"
target market bangsa2 dia juga. Aku rasa mereka bukan tak tau pun itu bukan doktor but they don't care, janji dapat beli ubat murah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin doktor tak bertauliah ni set2 ada medical education kat Bangladesh tapi tak diiktiraf MMC di sini. So dia buka klinik untuk orang dia kat sini dengan jual ubat yang import dari sana kot. |
|
|
|
|
|
|
|
Ntah2 kita pg klinik, Dr Bangla ni yg consult n bg ubat. Mn la Tau kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Syabas kepada nama-nama yang disebut diatas. Bersusah payah turun Keyel bantu operasi. Semoga tahun 2025 lebih aggressive hapuskan bangla hanat. |
|
|
|
|
|
|
|
Betol ke mensasarkan rkyt warga tersebut sajo ? Takde org tsilap mai ke bwk ank demam ke cirit birit ke apo |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau: "Apa saiya salah abang..bukan ...
InsyaAllah dalam setahun dua lagi,kami akan jadi menteri.
Anower hosain.[em:3:] |
|
|
|
|
|
|
|
risau pulak kita kalau menyamar jadi doktor sakit puan |
|
|
|
|
|
|
|
Depa mmg doktor...tapi lesen tak laku kat Malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Hanat betul...sampai menyamar jadi doktor.. |
|
|
|
|
|
|
|
otai_g: Ntah2 kita pg klinik, Dr Bangla ni yg consult n bg ubat. Mn la Tau kan..
kalau tengok dr tu kulit hitam gelap. kena jaga jaga la lepas ni |
|
|
|
|
|
|
|
Makin parah aktiviti2 warga asing di sini. |
|
|
|
|
|
|
| |
|