View: 6617|Reply: 18
|
[Tempatan]
[Edisi bakal kena saman] Razman pula dakwa Hannah Yeoh ‘anak YTL’
[Copy link]
|
|
Seorang lagi pemimpin PAS mencipta kontroversi berkaitan pertalian darah pemimpin DAP.
Terbaru Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria mendakwa Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh sebagai “anak YTL”.
"Hannah Yeoh anak orang kaya, anak YTL. YTL ini dulu Perak Hanjoong (Simen).
Kecerdikan Umno dulu, minta maaflah, kecerdikan Umno dulu pergi jual Perak Hanjoong ini kepada YTL.
“Hannah Yeoh ini anak dialah,” katanya.
Menurut laman web YTL Community, Kumpulan YTL diasaskan oleh mendiang Yeoh Tiong Lay.
Anaknya Francis Yeoh Sock Ping kini menjadi pengerusi eksekutif.
Hannah di media sosial menepis dakwaan Razman dengan berkata, “bukan semua Yeoh ada pertalian keluarga.”
Setiausaha sulit Hannah, Nor Miswary Ramli pula memuat naik video tersebut sambil mendakwa orang PAS sering tidak meneliti fakta dalam membuat tuduhan.
"Akal orang PAS ni, asal nama sama, mesti ada kaitan. Membaca malas,” ciapnya di X.
Sementara itu, dalam perkembangan terkini Razman di media sosialnya mengaku terkhilaf.
Malaysiakini sudah menghubungi Hannah, dan Kumpulan YTL untuk komen dan masih menunggu maklum balas mereka.
Anggota Parlimen Kepala Batas daripada PAS Siti Mastura Muhammad baru saja membayar lebih RM830,000 kepada peguam tiga pemimpin DAP setelah kalah saman dalam kes yang hampir serupa.
Pada 4 Dis tahun lalu mahkamah memerintahkan Mastura membayar RM300,000 kepada Kit Siang, RM250,000 lagi kepada Guan Eng dan RM200,000 kepada Teresa Kok.
Siti Mastura turut diarah membayar kos guaman sebanyak RM25,000 kepada setiap seorang plaintif terbabit.
Siti Mastura (gambar atas) yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Dewan Muslimat PAS Pusat itu disaman selepas membuat dakwaan Kit Siang, Guan Eng dan Kok mempunyai pertalian keluarga dengan pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng, serta bekas perdana menteri Singapura, Lee Kuan Yew.
Satu kempen mengumpul derma dalam kalangan ahli PAS dan penyokong mereka kemudian digerakkan bagi membolehkan Siti Mastura membayar denda yang dikenakan ke atasnya.
Pada 28 Dis Presiden PAS Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu bertanggungjawab atas kesalahan yang dilakukan oleh ahlinya namun menegaskan bahawa Islam "tetap menolak perjuangan yang sesat."
Dia juga menegaskan PAS tetap beristiqamah bersama "akidah perjuangannya" dan percaya kepada keampunan Allah serta pahala daripada bertaubat.
"Inilah perkara yang tidak terdapat dalam perjuangan yang lain selain daripada perjuangan Islam.
"Percayalah bahawa sumbangan kita bersama Islam dalam semua perkara adalah jihad," katanya.
Abdul Hadi kemudian menegaskan sekularisme dosa yang lebih besar daripada fitnah dan pembunuhan.
https://m.malaysiakini.com/news/732888 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
akibat dah terbiasa cakap main hembus tiada yang persoal.
zaman dah berubah dek.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia dah buat statement u-turn ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 27-1-2025 07:47 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Decaffeinated replied at 27-1-2025 06:38 PM
akibat dah terbiasa cakap main hembus tiada yang persoal.
zaman dah berubah dek.
Dia tak tau ka ucapan dia tu direkod? Sebijik mcm Mastora. Semua Lim adalah sepupu. Si Razman ni up sikit, terus jadi anak. Gila puak2 ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Tin milo bakalan diedarkan lagi ke?
Penatlah camni,![](static/image/smiley/default/cry.gif) ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nikaido at 28-1-2025 07:12 AM
raja fitnah pas |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Cincau Yeo's ada kaitan dengan Bandung Ros Yeo's ![](static/image/smiley/onion/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
dia ingat ..dia tarik balik atau mintak maaf tu benda tu bole je settle.tapi ahso segambut kata saman tetap saman....
|
|
|
|
|
|
|
|
bongok tu simpan sikitlah. dah berderet kena saman tak insaf2. saman dah tak jalan patut sumbat kat penjara pulak biar dia rasa. bodoh siapa undi dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
buat malu agama Islam je la org PAS gini.. |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 28-1-2025 12:03 PM
Bandung Ros tu sedap tapi susah nak cari kat kedai...ramai tak suka kot![](static/image/smiley/miluegg/shy.jpg) |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa tak kabo adik pemenang oscar tu juga dh alang2 tu kan |
|
|
|
|
|
|
|
Masa dia ckp tu..aku cam .eh biar betul.
Humble betul anak boss YTL sekolah menengah biasa bukan sekolah private sbb dulu dia Head Pengawas kan satu sekolah dgn YB Altimet
Rupanya mmg tak betul..haihhh tak ambil pengajaran |
|
|
|
|
|
|
|
org sebegini masih lagi tidak dibuang oleh PAS, kenapa? |
|
|
|
|
|
|
|
Nanti i pi singapore i carikan tuk u
|
|
|
|
|
|
|
|
Awat kecik² dulu ada kilang ytl ni kat cherok tok kun.. org sama ke |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab derang semua sama pemikiran nak buang camne. pada derang kira factual la tu nak harap presiden, orang tanya lain dia jawab lain.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|