CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8289|Reply: 32

'Tak terlintas untuk tinggalkan dia dan biarkannya sendirian dalam kesakitan" - suami

[Copy link]
Post time 28-1-2025 08:54 AM | Show all posts |Read mode





Johor Bahru: "Tidak pernah terlintas dalam fikiran saya untuk tinggalkan isteri dan biarkannya sendirian dalam kesakitan, saya akan temaninya selagi diizinkan Allah SWT," kata Muhammad Saifudin Salleh.


Muhammad Saifudin, 27, juga seperti suami lain, mempunyai tugas hakiki iaitu mencari rezeki buat keluarga.


Bagaimanapun, Muhammad Saifudin kini mengambil cuti demi menemani, menjaga serta menguruskan isteri tercinta, Nurul Fatihah Noor Aslam, 25, yang menghidap barah tulang tahap empat.


Nurul Fatihah kini berada di Hospital Sultan Ismail (HSI), dekat sini, bagi menjalani kemoterapi dan barah dihidapi menyebabkan ada ketumbuhan yang membengkak pada bahagian tulang bawah mata kanannya.


Bercerita lanjut, Muhammad Saifudin berkata, apa yang berlaku di luar jangkaan kerana isterinya sebelum ini sihat sehingga menunjukkan simptom iaitu kebas pada bahagian bawah mata dan tulang pipi pada Oktober 2024.


Muhammad Saifudin kemudiannya membawa Nurul Fatihah ke klinik namun dirujuk ke Hospital Segamat untuk pemeriksaan lanjut.


"Keputusan pemeriksaan awal negatif, tetapi kali kedua positif, sekali gus mengesahkan isteri menghidap barah.


"Mulanya terkejut bila dapat tahu kerana dalam sejarah keluarga isteri, tiada yang menghidap barah namun kini, saya sudah reda.


"Isteri pula agak kecewa pada mulanya. Kini, dia juga lebih banyak termenung serta tidur," katanya.





Menurut Muhammad Saifudin, isterinya perlu menjalani tiga kitaran rawatan kemoterapi sebagai ikhtiar untuk merawat barah.


Selain itu, Muhammad Saifudin berkata, Nurul Fatihah juga perlu menjalani pembedahan pada bahagian wajah kerana ketumbuhan yang ada sudah membengkak sehingga menutup mata kanan selain merebak ke sebahagian hidung dan mulut.


Orang ramai yang berhasrat membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Islam di 06082023643007 atas nama Nurul Fatihah Noor Aslam.


"Doktor beritahu, kes isteri saya ini agak jarang berlaku kerana membabitkan bahagian mata dan dijangka perlu membuat pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).


"Mengikut perancangan, doktor akan ambil kulit paha untuk ditampal pada wajah isteri dalam prosedur itu (pembedahan), namun pembedahan berkenaan hanya boleh dijalankan sebaik kemoterapi selesai.


"Buat masa ini, isteri perlu jalani kemoterapi dulu. Memandangkan keadaannya masih lemah, saya suapkan isteri makan, minum dan bantu mandikannya," katanya.


Meskipun ujian itu berat untuk diterima, Muhammad Saifuddin berkata, dia tetap berusaha untuk tabah diri kerana perlu memberi sokongan kepada isteri selain tidak mengabaikan anak hasil perkahwinan mereka, Nur Qaleesya Dania yang berumur setahun empat bulan.


"Saya juga dapat semangat daripada anak kerana mengenangkan usianya yang masih kecil dan syukur emak bantu menjaganya," katanya.


Muhammad Saifudin tetap menaruh harapan isterinya sembuh dan kembali menjalani kehidupan normal satu hari nanti.


"Saya ada kongsi kisahnya di media sosial dan isteri gembira kerana ramai doakannya juga, selain ramai rakannya datang melawat.


"Berkaitan soal kewangan, saya bergantung kepada wang simpanan. Saya juga sudah mohon bantuan, antaranya daripada pusat zakat dan kini menunggu kelulusan.


"Saya juga risau tidak cukup wang memandangkan isteri kini perlu minum susu, jadi perlu sediakan bekalan itu (susu) buatnya," katanya.


Sumber– Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2025 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Allah.
Siannya.
Muda lagi.

Alfatihah.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2025 09:25 AM | Show all posts
moga dipermudahkan urusan
kemo tu bg effect yg positif lh hendaknya



btw
manis laki die
eh tiberrr


Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2025 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
both husband n wife masih muda,anak pon kecik lagi,harap lepas operate nanti wife dia boleh sihat balik
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2025 10:19 AM | Show all posts
semoga dipermudah urusan mereke sekeluarga.. semoga kembali sembuh & sht..
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2025 10:20 AM | Show all posts
Semoga dipermudahkan segala urusan fatiha, diangkat tuhan sakitnya, diberi kesumbuhan hendaknya...amin
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2025 12:31 PM | Show all posts
semoga dipermudah urusan & kembali sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2025 03:06 PM | Show all posts
korang bersemoga lah untuk menyedapkan hati. Aku cuma boleh kata bersedialah, and buat apa yang patut mulai sekarang. Don't delay.


teringat akak @pooh~key cakap, pasal palestine pun dah bertahun2 bersemoga. tiber.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2025 03:24 PM | Show all posts
ni sebab i takut nak kahwin. btw barah jenis ni agak rare.
kalau barah payudara , limfoma tu biasa dengar.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2025 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 28-1-2025 03:06 PM
korang bersemoga lah untuk menyedapkan hati. Aku cuma boleh kata bersedialah, and buat apa yang patu ...

Allah maha buat derkkk sissy.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2025 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Apalagi suami patut cari gf baru
Spt biasa tipikal lelaki melayu lain
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2025 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 28-1-2025 03:06 PM
korang bersemoga lah untuk menyedapkan hati. Aku cuma boleh kata bersedialah, and buat apa yang patu ...

dia dah buat apa yg patut la tu, yakni kemo+nak operate.
ke kene bersedialah cari partner baru?
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2025 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudah urusan pesakit & family...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2025 11:09 PM | Show all posts
kesiannya
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2025 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Sorry to say, tgk gaya xde harapan. Someone aku kenal, pergi x sampai setahun lps dpt tau barah tulang. Mmg lain org lain kesnya tp adik ni dh stage 4. Kalau byk harta, boleh prepare apa patut. Kalu ada berhutang, bg nama siap2 senang waris cari utk byr hutang. Xpun byr sementara nyawa masih ada. sian kat anak kecik tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2025 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian. Muda lagi. Moga tabah hadapi ujian, sakit penghapus dosa. Huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2025 03:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekali pandang macam fotoshop..  Rupenye betol2.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2025 05:20 AM | Show all posts
Semoga diringankan rasa kesakitannya dan semoga semuanya Allah permudahkan. Ameennnnn....
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2025 06:09 AM From the mobile phone | Show all posts

Jika dh tahap 4, ubat kne beli sendiri

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2025 06:20 AM From the mobile phone | Show all posts
bulan Oct baru tau
tau2 tahap 4
active betul ya sel2 barah dia
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 05:36 AM GMT+8 , Processed in 0.245832 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list