CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2102|Reply: 0

[Sabah] JKR Sabah diminta pantau projek naik taraf Jalan Utara Tawau

[Copy link]
Post time 28-1-2025 12:20 PM | Show all posts |Read mode


SAMASUDDIN

TAWAU: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah diminta supaya sentiasa memantau projek menaiktaraf Jalan Utara Baru, di sini supaya dapat disiapkan mengikut jadual iaitu pada Januari 2027.

Ketua Bahagian UMNO Kalabakan, Samasuddin Yusop berkata pemantauan itu supaya projek yang dijalankan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dan boleh bertahan lebih lama tanpa kerosakan.

Selain itu, katanya, sejak kerja-kerja naik taraf dilakukan pada tahun 2023 kerap berlakunya paip pecah sehingga terpaksa catuan bekalan air dilakukan dalam tempoh beberapa hari.

“Kita berharap kontraktor yang dilantik dapat membuat rujukan kepada pihak Jabatan Air Daerah Tawau berkenaan lokasi paip-paip air sebelum kerja mengorek tanah dilakukan.

“Masih ada dua tahun lagi tempoh projek ini dijalankan, kita tidak mahu dalam masa itu kerap berlaku catuan air disebabkan kecuaian pihak kontraktor,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Menurutnya, UMNO Kalabakan turut menzahirkan terima kasih kepada kerajaan kerana memberi kelulusan naik taraf Jalan Utara Baru ini.

“Sememangnya jalan berkenaan perlu diperbesarkan kerana aliran trafik di kawasan ini pada waktu puncak sangat sesak disebabkan jumlah kenderaan yang semakin bertambah,” katanya.

Sementara itu, Samasuddin menggesa supaya pihak Kementerian Kerja Raya Sabah (KKRS) terus memantau kerja-kerja pembinaan Empangan Air Cinta Mata supaya dapat disiapkan tahun hadapan.

Katanya, lawatan menteri KKRS ke empangan berkenaan baru-baru ini diharap dapat memberikan jaminan supaya ia dapat disiapkan mengikut jadual.

“Kita dapat makluman bahawa masalah air terawat di daerah ini disebabkan bekalan yang tidak mencukupi dan semakin mengecil berbanding permintaan.

“Justru, rakyat tidak mahu lagi mendengar alasan empangan itu tergendala kerana kerajaan negeri juga sudah mengumumkan keadaan kewangan Sabah pada tahap yang terbaik,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 11:02 AM GMT+8 , Processed in 0.043745 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list