CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12017|Reply: 0

Zoo jual air kencing harimau, dakwa boleh rawat sakit otot

[Copy link]
Post time 29-1-2025 08:09 AM | Show all posts |Read mode

Beijing: Sebuah zoo di China mencetuskan kebimbangan keselamatan selepas menjual air kencing harimau yang kononnya boleh merawat reumatik.

South China Morning Post (SCMP) melaporkan, seorang pengunjung zoo baru-baru ini berkongsi di media sosial Zoo Hidupan Liar Yaan Bifengxia di wilayah Sichuan, barat daya China, menjual air kencing harimau Siberia dengan harga 50 yuan (kira-kira RM30) sebotol dan setiap satunya mengandungi kira-kira 250 gram.

Sumber dalam talian menunjukkan zoo itu menjadi tarikan pelancong bertaraf dunia dan unit model untuk pelancongan bertamadun di China.

Air kencing harimau itu didakwa mempunyai kesan terapeutik yang baik bagi keadaan seperti artritis rheumatoid, terseliuh, dan sakit otot.

Ia disyorkan dicampur dengan wain putih dan sapukan ke kawasan terjejas dengan hirisan halia.

Pihak zoo juga mencadangkan ia boleh diminum tetapi memberi amaran untuk menghentikan penggunaan jika berlaku sebarang tindak balas alahan.

Seorang kakitangan zoo memberitahu akhbar The Paper air kencing itu dikumpulkan dari besen selepas harimau itu membuang air kecil.

Tidak jelas sama ada air kencing itu dibasmi kuman sebelum dijual.

Kakitangan itu berkata, secara purata dua botol air kencing harimau dijual setiap hari.

Pada 2014, zoo itu dilaporkan memberikan air kencing harimau sebagai hadiah kepada pemenang rancangan realiti.

Seorang ahli farmasi tidak didedahkan namanya dari Hospital Perubatan Tradisional Cina Provinsi Hubei di tengah China berkata air kencing harimau bukanlah ubat tradisional dan tidak mempunyai kesan perubatan yang terbukti.

"Melebihkan nilainya tanpa bukti, memutarbelitkan perubatan tradisional Cina dan membahayakan pemuliharaan harimau," katanya kepada The Post.

Beliau juga menasihatkan pelancong untuk mengikuti panduan perubatan dan memberi amaran bahawa penggunaan bahan yang tidak terbukti boleh memburukkan keadaan.

Bagaimanapun, kakitangan zoo menegaskan mereka mempunyai lesen perniagaan untuk menjual air kencing harimau.

Seorang pengunjung zoo pula memberi maklum balas yang dia membeli beberapa botol untuk bapanya kerana ingin tahu, tetapi tidak melihat apa-apa kesan.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 10:59 AM GMT+8 , Processed in 0.038662 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list