CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7885|Reply: 0

[Borneo] Tanah runtuh: Remaja lelaki 16 tahun maut, 4 masih hilang termasuk kanak-kanak

[Copy link]
Post time 29-1-2025 10:59 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 29-1-2025 03:00 AM



Bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang masih tertimbus.

MIRI: Seorang maut manakala empat lagi masih hilang dalam kejadian tanah runtuh yang menjejaskan dua buah rumah di Kampung Lereng Bukit di sini awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Chabu berkata mangsa yang maut merupakan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun.


Jengkaut digunakan untuk mengalih bekas runtuhan bagi mengeluarkan mangsa.

Katanya, mayat mangsa telah dijumpai oleh pasukan penyelamat pada jam 6 pagi ini di salah sebuah rumah yang tertimbus.

Terdahulu menurut beliau, sebaik menerima panggilan  sekitar jam 3 pagi ini daripada orang awam yang memaklumkan berlakunya kejadian tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, polis bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah bergegas ke lokasi.

"Setibanya di lokasi, didapati dua buah rumah yang terletak bersebelahan telah tertimbus oleh runtuhan tanah dan pokok.


Alexson bercakap kepada para wartawan pada sidang media yang diadakan di tempat kejadian pagi ini.

"Kejadian itu telah menyebabkan lapan orang mangsa terdiri daripada dua lelaki, enam wanita dan dua kanak-kanak masing-masing berusia 8 dan 12 tahun telah terperangkap di bawah runtuhan itu," katanya pada sidang media di tempat kejadian pagi ini.

Menurut Alexson, setakat ini, pasukan penyelamat yang terdiri daripada polis dan JBPM telah berjaya mengeluarkan empat orang mangsa terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita, berusia antara 16 hingga 74 tahun.

"Manakala empat lagi mangsa yang masih tertimbus merupakan satu keluarga terdiri daripada seorang wanita warga emas berusia 71 tahun, anak perempuannya berusia 41 tahun, serta dua kanak-kanak perempuan masing-masing berusia 8 dan 12 tahun.

"Usaha mencari kesemua mangsa yang masih tertimbus sedang giat dilakukan dan kita sedang berusaha sedaya upaya dengan kapasiti yang kami ada untuk mengesan kesemua mangsa yang terlibat.

"Kita akan menggunakan dua jengkaut dalam operasi mencari dan menyelamat hari ini, di mana salah satu mesin telah tiba di lokasi," katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan insiden ini.


Alexson memberi taklimat kepada Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man yang turut hadir di lokasi kejadian.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 10:59 AM GMT+8 , Processed in 0.043551 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list