CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7067|Reply: 19

Dah 9 tahun tak bertegur, Azrul Zaidi olak permintaan isteri Along Cham mohon sumbangan

[Copy link]
Post time 29-1-2025 01:16 PM | Show all posts |Read mode
Azrul Zaidi mendedahkan isteri Along Cham iaitu Afreena Suhaimi ada menghubunginya untuk memohon bantuan ketika suaminya itu berada dalam tahanan polis.

Terkejut ketika dihubungi Afreena, Azrul atau Asrul Zaidi Jamaluddin, 51, berkata, alasan wanita itu meminta bantuan adalah kerana mahu membayar peguam dan urusan melibatkan hal mahkamah yang menelan belanja lebih RM100,000.



"Ada dia (Afreena) hubungi saya, terkejut juga mana dia dapat nombor telefon saya.

"Dia tak beritahu nak amaun berapa cuma beritahu nak bayar peguam dan sebagainya menelan belanja lebih RM100,000," katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.

Menurut Azrul, pada awalnya dia ada niat untuk membantu, namun perasaan sangsi terhadap wanita itu membuatkan dia melupakan hasrat berkenaan.

Malah selepas isu ini tular, Azrul mendedahkan perbualannya bersama Afreena menerusi aplikasi WhatsApp dan Instagram juga sudah dipadam.

"Mulanya ada niat nak bantu tapi saya tak beri sebab rasa sangsi, dia asyik tanya bila nak masukkan duit macam terdesak sangat.

"Lepas itu bila saya lihat isu dia dah viral, saya lihat segala perbualan saya dan dia di WhatsApp dan Instagram semua dah dipadam," jelasnya.

Ditanya mengenai hubungannya dengan Along, Azrul yang juga merupakan bekas anggota Cham memberitahu sudah sembilan tahun mereka tidak bertegur sapa sejak berakhirnya program Maharaja Lawak Mega 2016.

Walaupun terdetik rasa rindu terhadap sahabatnya itu, Azrul berharap kontroversi yang melanda akan membuatkan Along menjadi insan lebih baik pada masa hadapan.

"Kali terakhir kami berhubung adalah ketika bertanding Maharaja Lawak Mega 2016, selepas itu dah senyap. Kami pun masing-masing tak follow antara satu sama lain di media sosial.

"Saya cuma berharap ujian hidup yang terjadi pada dirinya itu membuatkan dia menjadi manusia lebih baik di masa hadapan," ujarnya.

Sebelum ini, Along atau Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, mendakwa isterinya iaitu Afreena telah menyeleweng dana sumbangan hampir RM100,000.

Malah dedah Along pelakon Aaron Aziz antara rakan artis yang memberikan sumbangan tersebut.

Pada pagi Rabu, Afreena selesai membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah Kajang dan mendakwa dirinya menjadi mangsa penipuan wanita bernama Ika selepas menyalurkan duit sebanyak RM95,180 untuk membantu suaminya yang sedang ditahan.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2025 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
51 umur dia? Tkezut aku
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2025 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Telegram mmg boleh clear balik chat. Wasap mana mana bole delete balik chat yg dh brapa ari
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2025 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
kuzaime replied at 29-1-2025 05:29 PM
Telegram mmg boleh clear balik chat. Wasap mana mana bole delete balik chat yg dh brapa ari

Boleh awak
Meols pun baru chk aritu. Nak chk balik conversation meols dgn plumber yg datang rumah Sekali scroll scroll, tgk dah hilang dah semua. Mamat plumber tu yg set disappearing message So takboleh la meols chk balik apa yg di bualkan awal2. Ha gichu.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2025 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebenarnya si AlongChamBangang ni ada crisis apa ya dgn si Azrul ni? Meols ketinggalan sampan.
Diorang ada gaduh2 ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2025 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Mudah je isteri retis sendu masuk jail sbb dadah pun dapat sumbangan 100k. Dulu Belekis acahspeking pun jaja cerita sedih dapat lebih daritu. Dan Laniaz pun entah sakit apa masuk sepital private pun dpt sumbangan lebih 100k kan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2025 08:19 AM | Show all posts
Dia masih dengan RTM ke
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2025 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm dh jd kebiasaan , bila suami retis bini terlebih dan lebih2 plak ye .... Bila suami ada masalah bini blh minta2 derma dgn org ramai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2025 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Statement ni untuk ape ye
Ape point yg ko nk smpikan ni
Ko sumbang pun tidak utk kes die, so X relate dgn tuduhan bini Along seleweng dana sumbangan
Ko rapat dgn Along pun tak. 9 thn X bertegur? Not even follow each other
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2025 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
yg penting along & bini ni dua2 pun sesuatu
susah nak percaya haha
tiber feeling nak buat filem pulak
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2025 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
last2 gaduh pasal duit..
hoii main issuenya ko mmg amik dadah kan?
so bini pun tau ko amik dadah kan..
itu je aku nk tau hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2025 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
kuzaime replied at 29-1-2025 05:29 PM
Telegram mmg boleh clear balik chat. Wasap mana mana bole delete balik chat yg dh brapa ari

Wasap boleh..mana2 yg turn disappearing message tu dia akan hilang dlm beberapa mggu. Dalam family meols ada sorg yg buat camni..tibah on disappearing message..masa bila tau dia wat camni..masa nk pinjam duit..bnyk pulak tu berpuluh ribu
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2025 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Carcosa replied at 29-1-2025 11:36 PM
Boleh awak
Meols pun baru chk aritu. Nak chk balik conversation meols dgn plumber yg datang r ...

Owhh haah lupa pulak pasal ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2025 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Carcosa replied at 29-1-2025 11:36 PM
Boleh awak
Meols pun baru chk aritu. Nak chk balik conversation meols dgn plumber yg datang r ...

Ramai yg xtau rupanya..iols kan..sapa set disappearing message..mmg haku turn off balik..selalu yg guna disappearing msg ni mmg fishy..dlm kes family meols..nk pinjam duit puluh ribu
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2025 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
pocongkiutss replied at 30-1-2025 10:13 AM
Wasap boleh..mana2 yg turn disappearing message tu dia akan hilang dlm beberapa mggu. Dalam family ...

Haah lupa pasal yg ni tp kalau x silap, kot dpt chat yg mengantar tu ada aktifkan function ni, kita boleh off kan
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2025 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
kuzaime replied at 29-1-2025 05:29 PM
Telegram mmg boleh clear balik chat. Wasap mana mana bole delete balik chat yg dh brapa ari

Boleh kak kalau set disappearing messages tu. Tak kisah sama ada kita atau org tu yg buat. Hilang la wasap tu nanti ikut hari yg ditetapkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2025 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Retis ke ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2025 08:00 PM | Show all posts
Carcosa replied at 29-1-2025 11:38 PM
Sebenarnya si AlongChamBangang ni ada crisis apa ya dgn si Azrul ni? Meols ketinggalan sampan.
Diora ...

Aku ada tgk podcast, tak 8ngat sapa host nya. Tapi Azrul ni banyak gak kutuk si Along ni. Pasal penyertaan mereka di MHL haritu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2025 08:02 PM | Show all posts
Edited by phalanx at 30-1-2025 08:03 PM
Carcosa replied at 29-1-2025 11:38 PM
Sebenarnya si AlongChamBangang ni ada crisis apa ya dgn si Azrul ni? Meols ketinggalan sampan.
Diora ...

ni iols cuma cerita side azrul dari podcast. allegedly:

isu 1:
azrul cakap harian metro nak lantik diorang jadi host ABPBH tour tahun 2010an sebab kak cham editor hiburan harian metro suka dgn kerja diorang masa jadi host amal pasal palestine. pastu tahu-tahu along bolot job tu. azrul tahu sebab baca surat khabar, tour tu dah start dan along jd host.

isu2:
masa join Maharaja lawak pertama kali, pihak astro call azrul untuk kumpulan cham join. tahu-tahu2 along sign up diri dia, didi alias, dgn sorang kartunis ni. azrul datang photoshoot astro terpinga2 sebab astro maklumkan along dah ada group.


Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2025 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols mmg tak minat lansung dgn kes along cham n bini dia ni. Dh ngisap so xpnting nk bela ke apa. Tp iols rasa annoying gila dgn azrul ni sbb yg klr dr mulut dia sentiasa bab buruk psl org lain. Dulu2 merentan² slhkn along xshare job dgn dia. Padahal along pon cr job sendri. Xsilap aku drg bkn kawan pon. Astro yg gabungkn jd group. Tp si azrul ni sejenis yg melebih2 slhkn org
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 12:51 AM GMT+8 , Processed in 0.077309 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list