|
Seorang doktor berusia 50 tahun maut dipercayai dibunuh di rumah sewanya, dalam kejadian pada Ahad lalu.
Polis mengesyaki pasangan yang menyewa di rumah mangsa merupakan dalang di sebalik jenayah berkenaan.
Difahamkan, suspek menyewa bilik di rumah sewa mangsa tiga hari sebelum kejadian dan kini kedua-duanya 'ghaib'.
Menurut polis, doktor berkenaan sebelum ini tinggal bersama keluarganya di Delhi, India dan sering menggunakan rumah sewanya di Sanjay Vihar, Kulesara, sebagai tempat rehat sementara.
Pada Sabtu (25 Januari), mangsa pulang ke rumah sewanya namun gagal dihubungi anaknya sehari kemudian.
Tidak sedap hati, anak mangsa datang ke rumah sewa bapanya dan mendapati pintu bilik terkunci dari luar.
Selepas dibuka, dia terkejut menemui mayat bapanya yang berlumuran darah.
Polis kini mengesan kedua-dua suspek menggunakan rakaman kamera litar tertutup dan sedang giat menjalankan operasi pencarian.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|