CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8988|Reply: 1

[Dunia] Isteri gantung diri guna kipas siling, terseksa didera suami

[Copy link]
Post time 29-1-2025 01:41 PM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita berusia 24 tahun didakwa membunuh diri gara-gara tidak tahan menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Apa yang lebih tragis, mangsa sebelum itu dikatakan membuat panggilan video kepada ibu bapanya bagi meluahkan penderitaan yang dialami.

Menurut polis, mangsa menghubungi ibunya pada pukul 10.45 pagi, 24 Januari lalu dan kira-kira pukul 11 malam hari yang sama, wanita itu didakwa menggantung diri menggunakan kipas siling di rumahnya.



Kejadian dilaporkan berlaku di Nagpur, Maharashtra, India.

Difahamkan, mangsa mendirikan rumah tangga pada 7 Jun tahun lalu.

Dalam tempoh awal perkahwinan, mangsa menjadi mangsa penderaan suaminya malah dia turut disekat berkomunikasi dengan ibu bapanya, kata seorang pegawai dari Balai Polis Lakadganj.

Polis telah menahan dan mendakwa suami mangsa yang berusia 32 tahun atas tuduhan bersubahat dalam kes membunuh diri.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2025 01:55 PM | Show all posts
Pemende byk cite org mati dari India hari ni.
Tau la CNY
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 04:36 PM GMT+8 , Processed in 0.240809 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list