CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5289|Reply: 1

[Perlis] Tiga sahabat mulakan misi kayuh basikal ke Makkah

[Copy link]
Post time 29-1-2025 06:10 PM | Show all posts |Read mode
Tiga sahabat mulakan misi kayuh basikal ke Makkah

Bernama - Januari 29, 2025 @ 3:09pm



Berharap boleh tiba di Makkah dalam tempoh 20 hari sebelum Hari Wukuf.




PADANG BESAR (Thailand): Misi kayuhan basikal ke Makkah untuk menunaikan haji pada 2023 tidak berjaya, namun ia tidak mematahkan semangat Che Saad Nordin, 75, untuk melakukan sekali lagi kayuhan sejauh kira-kira 12,000 kilometer (km) itu.

Bekas wartawan sambilan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Biro Kedah itu berkata kayuhan pada kali ini dilakukan bersama rakan yang juga dua beradik Ramli Osman, 72, dan Azmi, 56, dan dijangka mengambil masa kira-kira lima bulan untuk tiba di Tanah Suci.

"Saya merancang untuk melakukan kayuhan basikal ke Makkah ini sejak empat bulan lepas. Selaku ketua kayuhan, saya cari kawan yang sesuai dan kami berbincang untuk gerak bersama... memang perlu ada kawan yang boleh beri teguran dan terima teguran," katanya kepada pemberita sebelum berlepas dari Imigresen dan Kastam Thailand di sini semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Hubungan Sempadan Perlis, Izizam Ibrahim mengiringi tiga rakan itu dari Padang Besar sebelah Malaysia yang kemudian ketibaan mereka disambut Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi di pintu masuk Thailand itu.

Dalam pada itu, Che Saad berkata rindu terhadap Tanah Suci meskipun telah tiga kali menunaikan ibadah haji, menyuntik semangatnya untuk meneruskan kayuhan basikal itu tahun ini.

Sehubungan itu, dia berkata bersama dua rakannya mereka membuat persediaan rapi termasuk menjaga tahap kesihatan masing-masing sebelum memulakan kayuhan ke Makkah dan sebuah syarikat swasta yang menyediakan pakej haji memberi jaminan akan membantu dalam memudahkan urusan mereka menunaikan ibadah itu kelak.

"Syarikat haji swasta ini memaklumkan mereka akan membantu urusan haji tetapi kami diminta untuk tiba di Makkah mengikut masa ditetapkan. Saya berharap boleh tiba di Makkah dalam tempoh 20 hari sebelum Hari Wukuf," katanya.

Che Saad mengakui antara cabaran besar dalam misi itu ialah dari segi kewangan namun ia masih boleh diuruskan, termasuk ada pihak yang sudi menghulurkan sumbangan selain keluarga turut memberi sokongan penuh.

Dia berkata kayuhan basikal ke Makkah dari Malaysia itu akan merentasi Thailand, India, Pakistan, Iran, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi, dan mengharapkan cabaran cuaca sejuk melampau di Pakistan hingga memaksanya berpatah balik sekali gus menggagalkan misi pada 2023 itu, tidak berulang.

Sementara itu, Izizam berkata selain menyokong usaha kayuhan tiga rakan itu, pihaknya juga memberi bantuan dari segi memudahkan urusan mereka memasuki Thailand dari Padang Besar, Perlis.

"Saya mewakili pihak negeri, kita buat semampu yang boleh untuk pelepasan mereka. Pihak Thailand akan membantu dari segi memudahkan perjalanan dan saya sendiri akan pantau pergerakan mereka," katanya. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/01/1355118/tiga-sahabat-mulakan-misi-kayuh-basikal-ke-makkah





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-1-2025 06:23 PM | Show all posts

Che Saad bersama rakan yang juga dua beradik Ramli dan Azmi memulakan Misi kayuhan basikal ke Makkah. FOTO Facebook Paksu Indera
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 11:09 AM GMT+8 , Processed in 0.068028 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list