CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25721|Reply: 0

[Sarawak] Rumah Terbuka TBC simbol keharmonian, perpaduan rakyat Sarawak

[Copy link]
Post time 30-1-2025 01:30 AM | Show all posts |Read mode


Tun Wan Junaidi (enam kanan), Abang Johari (enam kiri), JC Fong (tujuh kiri) serta kenamaan lain melakukan menggaul 'yee sang' pada Sambutan Tahun Baharu Cina di Hotel Waterfront hari ini. - Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Rumah terbuka Tahun Baru Cina (TBC) anjuran Penasihat Undang-Undang Sarawak, Dato Sri JC Fong di Hotel Waterfront hari ini bukan sekadar majlis jamuan, tetapi simbol keharmonian dan perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum di Sarawak.
Majlis itu dihadiri Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, serta tetamu daripada pelbagai latar belakang mencerminkan semangat muhibah yang terus subur dalam sambutan perayaan di negeri ini.

Ketibaan Abang Johari berserta rombongan pada majlis itu di sambut mesra oleh JC Fong yang juga bekas Peguam Besar Sarawak serta isteri, Datin Sri Annie Fong sekitar jam 11.15 pagi.

Setibanya di hotel tersebut, rombongan disajikan dengan persembahan Tarian Singa.

Turut hadir memeriahkan majlis tersebut ialah Yang-di Pertua Negeri, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.


Ketibaan Tun Wan Junaidi serta isteri disambut mesra oleh JC Fong. - Gambar Roystein Emmor

Hadir sama, Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan; Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar; Menteri Pelancongan, Industri Kreatif, dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah; Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi serta tetamu kenamaan yang lain.

Terdahulu, Abang Johari hadir ke Rumah Terbuka TBC peringkat negeri Sarawak 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).
Sejurus selepas menghadiri Sambutan TBC di Hotel Waterfront, Abang Johari meneruskan kunjungan sambutan TBC terhadap Pengarah Urusan Plaza Merdeka Holdings, Dato Steve Ng Thian Yew.


Abang Johari bersalaman dengan para tetamu sebelum berangkat pulang dari majlis rumah terbuka JC Fong untuk menghadiri rumah terbuka seterusnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 11:09 AM GMT+8 , Processed in 0.640446 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list