Edited by Vellfire at 29-1-2025 11:55 PM
Ahli-ahli belia SUPP Bintulu ke lokasi untuk membantu mangsa banjir.
BINTULU: Keadaan banjir yang melanda pada hari pertama sambutan Tahun Baharu Cina di Bintulu telah mengubah apa yang sepatutnya menjadi perayaan yang menggembirakan menjadi masa yang sukar untuk penduduk terjejas ditimpa musibah banjir, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang.
Katanya, dengan keadaan hujan yang turun masih mencurah-curah sejak beberapa hari lalu hingga hari ini, keadaan di sini bertambah buruk.
"Saya menggesa semua orang untuk terus berwaspada, pantau dan sentiasa peka dengan keadaan cuaca, ambil langkah berjaga-jaga dan pastikan anda serta orang tersayang kekal selamat," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, anggota dan pasukan belia pihaknya dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) telah bergegas ke kawasan yang terjejas secepat mungkin, membawa masuk bot dan lori untuk membantu agensi penyelamat dalam usaha menyelamat dan pemindahan mangsa banjir.
Agensi penyelamat bersedia dengan perahu untuk membantu memindahkan mangsa banjir.
"Pihak kita sentiasa mengawasi keadaan dan melakukan segala yang termampu untuk membantu, namun menjaga keselamatan adalah keutamaan kita," katanya.
Justeru katanya, semua pihak perlu bersama-sama menghadapi saat sukar ini dan pihaknya juga kekurangan tenaga kerja bahkan beberapa ahli pasukannya turut menjadi mangsa banjir.
"Disebab itu sekiranya orang awam ingin menjadi sukarelawan dan menyokong usaha menyelamat ini boleh berhubung dengan pasukan kita," katanya.
|