CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18890|Reply: 0

[Johor] 'Tahu peluang adik selamat tipis, tapi kami nak dia ditemui'

[Copy link]
Post time 30-1-2025 07:59 AM | Show all posts |Read mode


Batu Pahat: "Kami harap jasadnya ditemui walau dalam keadaan apa sekali pun." Itu harapan seorang kakak terhadap adiknya yang masih hilang selepas terjatuh dari bot di Sungai Rengit, Kampung Bumiputera Dalam, di sini semalam.

Suhana Kammo, 45, setia menunggu di jeti nelayan kampung terbabit bersama adik-beradik lain bagi mendapatkan perkembangan pencarian adiknya, Mohd Namhar Helmy, 34, yang dilapor hilang sejak 1 tengah hari.

Menurut Suhana, dia sekeluarga menerima berita sedih itu apabila dihubungi rakan adiknya yang turut bersama menaiki bot untuk memasang bubu.

"Rakannya memberitahu, Ojen (nama panggilan Mohd Namhar) mengalami sawan dan terjatuh ke dalam sungai serta hilang serta-merta.

"Selepas itu, saya beritahu saudara lain dan juga penduduk kampung bagi mendapatkan bantuan serta membuat laporan di Balai Polis Rengit.



"Kami mengharapkan adik 'pulang' tak kira sama ada sudah meninggal dunia atau masih hidup. Kami tahu, peluang untuk adik selamat tipis tapi sekurang-kurangnya kami nak dia ditemui," katanya ketika ditemui.

Menurutnya, seorang lagi adiknya, Mohd Shahrul Asyraf, 26, turut bersama beberapa penduduk, menyusuri sungai untuk mencari Mohd Namhar, namun gagal ditemui.

"Penduduk juga menggunakan bot masing-masing bagi membantu pencarian termasuk menyusuri pokok bakau. Kami hanya berdoa semoga adik ditemui secepat mungkin.

"Adik (Mohd Shahrul) mencari di lokasi dilaporkan terjatuh sehingga ke laut, manakala penduduk mencari kawasan lain mengikut arus," katanya.

Sementara itu, jurucakap Bomba dan Penyelamat berkata, seramai 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rengit, Balai Polis Rengit dan Angkatan Pertahanan Awam terbabit operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

Katanya, operasi itu turut dibantu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

"Pencarian kini diperluaskan ke pesisiran laut sehingga Kuala Sungai Tongkang dengan jarak dua kilometer dari lokasi dilaporkan terjatuh," katanya yang memaklumkan tiga bot penyelamat digunakan dalam SAR itu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.165681 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list