Malaysia-Jepun kerjasama bangunkan semula Gaza, Palestin: PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengesahkan bahawa kerajaan telah mendapatkan kepastian untuk melaksanakan program pembangunan semula Gaza dan Palestin atas usaha bersama dengan Jepun.
“Kita telah dapat kepastian supaya dapat disegerakan pelaksanaan program pembangunan semula Gaza dan Palestin atas usaha bersama kerajaan Jepun dan Malaysia, yang berhasrat untuk menubuhkan dan melancarkan dana melalui kegiatan Asia Timur, maknanya program Asia Timur untuk Membangunkan Gaza (Persidangan Kerjasama Negara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD).
“Bagi pihak Malaysia, dengan usaha ini, dan usaha yang saya percaya bersama dengan rakyat dan kolaborasi dengan sektor swasta, Insya Allah kita akan mulakan dengan pembinaan sebuah sekolah, sebuah rumah sakit dan sebuah masjid sebagai suatu usaha kita, pengorbanan masyarakat dan rakyat,” kata beliau.
Usaha ini dibuat dalam keadaan di mana gencatan senjata sedang terlaksana. Ketika ini pertukaran banduan Palestin dengan tebusan Israel sudahpun terlaksana.
Ia merupakan fasa pertama ke arah keamanan di rantau tersebut di antara Palestin dan Israel.
Bajet mungkin dari kerajaan dan dibantu oleh pihak swasta atau mana2 pihak lain yang nak ikut sama menyumbang..
Satu sekolah, satu hospital dan satu masjid... kira oklah juga, cuma klu boleh jgn libatkan pihak yang pure nak untung sbb ini nampaknya atas dasar kemanusiaan
Malaysia negara ASEAN pertama terlibat pembangunan semula Gaza - Sani Araby
Malaysia bakal mencipta sejarah menjadi negara pertama dalam kalangan anggota ASEAN bakal melancarkan Projek Bandar Wakaf bagi membangunkan semula Gaza selepas Ramadan nanti. Projek berimpak tinggi membabitkan kos RM120 juta berkenaan bakal dinaungi sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selaras dengan peranan beliau sebagai peneraju ASEAN yang menekankan solidariti dan pembelaan terhadap rakyat Palestin.
Imej lakaran Projek Bandar Wakaf dan Masjid Shah Alam yang akan dibina di Gaza.
Pengarah Projek Bandar Wakaf, Datuk Sani Araby berkata, ia bukan sahaja mencerminkan komitmen Malaysia dalam membantu membangunkan semula Gaza pasca peperangan, malah memperkukuh kedudukan negara di pentas antarabangsa sebagai penyokong utama perjuangan rakyat Palestin. Menurutnya, projek berkenaan turut memperkukuh agenda Malaysia Madani yang menekankan keprihatinan terhadap isu global, khususnya dalam memperjuangkan keadilan dan hak asasi manusia di Palestin.
"Projek berkenaan bukan sekadar inisiatif bantuan, tetapi model pembangunan wakaf pertama Malaysia di bumi Palestin yang boleh dijadikan contoh di peringkat global. Ini adalah himpunan hati dan solidariti Malaysia merangkumi semua bangsa dan agama yang menjayakan untuk bina semula Gaza," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Imej lakaran Projek Bandar Wakaf.
Projek dianggarkan bernilai RM120 juta berkenaan dijayakan dengan pemberian tanah wakaf seluas 87 ekar di Khan Yunis yang telah dimeterai menerusi perjanjian ditandatangani di Gaza pada Februari 2023 semasa Misi Khas Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) baru-baru ini. Antara komponen utama projek berkenaan termasuklah pembinaan Masjid Berkembar Shah Alam, Apartmen Wakaf Selangor, dan Menara Tangki Air – diwakaf oleh Kerajaan Negeri Selangor sebagai sebahagian daripada komitmen negeri dalam membantu membangunkan semula Gaza. Komponen kedua merangkumi pembinaan Sekolah Malaysia di Bandar Wakaf Gaza – diwakafkan oleh Cinta Gaza Malaysia (CGM) yang diketuai oleh Muhammad Nadir Al-Nuri, yang juga dilantik sebagai Timbalan Pengarah Projek Bandar Wakaf Malaysia-Gaza.
Lakaran imej Malaysia Central Kitchen yang bakal dibangunkan di Gaza.
Projek ketiga merangkumi pembinaan Malaysia Central Kitchen dan Apartmen Wakaf Putrajaya – ditaja oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Wakaf Malaysia (YWM), dengan penglibatan langsung Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), sebagai pusat makanan komuniti yang akan menyediakan bantuan makanan harian kepada penduduk Gaza. Komponen keempat ialah Apartmen Wakaf oleh Negeri-Negeri Lain – Kerajaan negeri Negeri Sembilan, Terengganu, Kelantan, Melaka, dan Pulau Pinang telah bersetuju untuk sinergi wakaf di Gaza sebagai sebahagian daripada inisiatif ini. Sani berkata, beliau yakin projek berimpak tinggi berkenaan dapat dibangunkan dengan sokongan langsung Perdana Menteri, menteri dari semua kementerian serta kerjaan negeri termasuklah agensi, badan korporat dan juga rakan NGO. Ujarnya, sokongan padu Kerajaan Malaysia dan NGO zahirkan projek Bandar Wakaf Malaysia di Gaza sebagai usaha nasional membina semula Gaza.
"Projek ini turut mendapat perkenan Sultan Selangor, yang menitahkan dan melancarkan Tabung Pembangunan Ihsan Selangor-Gaza pada Mac 2024 sebagai sebahagian daripada usaha negeri dalam membangunkan Gaza," katanya.
Katanya, pengalaman Mapim serta rakan sinergi CGM, Gagasan MyAqsa Defender berjaya membina 10 masjid di Gaza serta membantu membaikpulih semula hospital, sekolah, ruang ekonomi serta rumah saudara Gaza menjadi pengalaman penting untuk kesinambungan projek ini.
"Malaysia telah melakar sejarah berjaya menghantar bantuan kemanusiaan siri demi siri dari Ops ihsan Mapim hinggalah misi-misi khas termasuk merawat keluarga Gaza di Malaysia dan mengeluarkan keluarga Nadir Al-Nuri. Kini, negara komited dalam membangunkan semula Gaza dengan konsep wakaf yang mampan dan jangka panjang. Ini adalah langkah ke hadapan dalam usaha kita memastikan rakyat Palestin dapat kembali menjalani kehidupan yang lebih baik," katanya.
Post time 31-1-2025 12:42 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Mcm betul jer apa yg Situ Kassim ckp, Gaza tu far from peace.... Baru fasa 1 ceasefire kot..... Tgulah progress dulu ke fasa berikut ya kot ya pun lapar nk umum agar dilihat terpaling, Bangnon oiiiii.....
Post time 1-2-2025 01:48 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Momohizan replied at 1-2-2025 01:38 AM
Apo gigih nak tolong Gaza. Bangnon gi tolong orang kat Bintulu tu. Dah banjir2 ni kau bebuat tak tau ...
Nk wat apa lg? Nk suruh Bangnon pegi usunh barang mangsa banjir??
PM Anwar Umum Peruntukan Lebih RM24 Juta Untuk Sabah, Sarawak
31.01.2025 - Kerajaan memperuntukkan RM24 juta bagi mempercepatkan pembaikan infrastruktur yang terjejas akibat banjir di Sabah dan Sarawak. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan itu diluluskan atas dasar tanggungjawab terhadap rakyat yang terjejas dengan bencana alam itu.
"Kita mempersiapkan (peruntukan) RM24 juta untuk segera memperbaiki kerosakan besar (akibat bencana banjir di Sabah dan Sarawak), kita luluskan. Ini pandangan (inisiatif) yang tidak ikut negeri, tidak ikut musim. Tapi ikut tanggungjawab dan sebab itu kita lakukan," katanya ketika berucap pada Majlis Kenduri Rakyat di pekarangan Masjid Al-Muttaqin, Taman Meru di sini, hari ini.
Semalam, Anwar mengarahkan pihak berkaitan termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memperkukuh jentera dan koordinasi berikutan situasi banjir di Sabah dan Sarawak yang semakin memburuk.
1738314711059.png
Berita asal https://www.hmetro.com.my/mutakhir/...eruntukan-lebih-rm24-juta-untuk-sabah-sarawak
Post time 1-2-2025 02:13 AMFrom the mobile phone|Show all posts
axl_bach replied at 1-2-2025 01:48 AM
Nk wat apa lg? Nk suruh Bangnon pegi usunh barang mangsa banjir??
Tak suruh dia pergi pun, buat banyak kerja orang nak layan dia. Ni announcement je. Actual money from MoF tak gerak pun, actual amount untuk kerajaan Sarawak pun takde, RM25m tu nak bagi sama rata Sabah n Sarawak ke apa. Procurement procedures pun tak terang. Ni keluar news pun pun lepas Premier Sarawak mintak peruntukan khas segera. Tapi segera tu bangnon lupa.
Post time 1-2-2025 01:15 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Skuau replied at 1-2-2025 03:19 AM
hang lupa ka..."salawak misti mau bayar hutang lulu maaa"
Tu ayat Nobita kaki pendek. Nasib baik Nobita takde portfolio dalam MoF dah dia, delulu too much apek tu. Peruntukan kerajaan Persekutuan untuk bencana memang ada n takde kena mengena dengan duit hasil.
Post time 1-2-2025 07:07 PMFrom the mobile phone|Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 31-1-2025 08:56 AM
Mungkin cermin tak cukup besar
Kalau la mamat yg buat poster ni pemimpin DAP, tobat lahum kena maki serapah dilabel pembenci muslim.
Utk tidak ot, PMX umum nak bantu Palestin kena kutuk. Klu tak umum pun kena kutuk. Semoga decision yg beliau buat adalah untuk kebaikan agama bangsa & negara.