CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6645|Reply: 17

Nora Danish gigih bayar 'hutang' solat fardu, menangis sebab penat

[Copy link]
Post time 31-1-2025 12:38 PM | Show all posts |Read mode
Nora Danish sedang giat membayar 'hutang' solat fardu yang pernah ditinggalkan secara sengaja atau pun tidak sebelum ini.

Nora atau Nora Mohd Danish Hanif, 43, berkata, dia juga pernah menangis kerana berasa terlalu letih melakukan qada solat yang banyak perlu diganti.



"Rasanya saya banyak tinggalkan solat sejak akil baligh. Jadi apa saya lakukan adalah setiap kali saya solat fardu, saya akan tambah dengan solat qada.

"Contohnya, Zohor empat rakaat kemudian selepas selesai saya tambah lagi empat rakaat solat qada.

"Pada awal saya buat solat qada itu saya menangis sebab rasa penat sangat! Saya hanya mampu mengadu kepada Allah.

"Tapi lama kelamaan jadi ketagih nak langsaikan semua hutang solat yang pernah ditinggalkan sebelum ini," katanya kepada mStar.

  


Berkongsi perasaan selepas tidak lagi meninggalkan solat fardu, Nora mengakui hidupnya lebih tenang dan reda menghadapi ujian dari Allah SWT.

Nora berazam akan terus melakukan solat qada sehingga ke akhir hayatnya kerana tidak mengetahui berapa banyak solat pernah ditinggalkan.

"Kalau dulu mungkin setiap kali diuji kita akan lebih beremosi tetapi sekarang saya serahkan semuanya kepada Allah.

"Insya-Allah saya akan lakukan qada solat sehingga ke akhir hayat saya. Selamanya," ujarnya.

  


Pada Julai tahun lalu, Nora memberitahu salah satu faktor mendorong dia berhijrah adalah kerana sering menghadiri majlis ilmu agama.

Kata Nora, dia sendiri merasa malu sekiranya masih tidak menutup aurat memandangkan usianya sudah mencecah 40-an.

Sumber:mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2025 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus lerrr…
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2025 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok good for you alhamdulillah but amal ibadah perlu dicanangkan ke
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2025 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena bgtau ke seluruh alam
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2025 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
fefeeling replied at 31-1-2025 12:44 PM
Ok good for you alhamdulillah but amal ibadah perlu dicanangkan ke

Bagus jugak, dia boleh tanpa sengaja ajak fans dia qada solat
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2025 12:50 PM | Show all posts
bagus laa nora..tp perlu ke nk cite mcm tu...kira membukak aib sendiri ke ape ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2025 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm bukak ain. ..nmpk sgt sblm ni selalu tinggal solat
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2025 01:03 PM | Show all posts
noor2 replied at 31-1-2025 12:46 PM
Kena bgtau ke seluruh alam

terpaling insaf ..terpaling qada solat.ada sorang scholar arab neh kata solat neh wajib qada 2 sbb je... tertidur atau terlupa.ada gak ustaz kata x wajib pun qada cuma bertaubat.tapi kalo nak qada itu  antara kita dgn Allah.yg drama queen bagitau sampai nangis2 dah kenapa nyah?ko qada jela mcm solat subuh ..qada solat subuh je.takpayah la ko harung semua dlm satu waktu. haiiyooooo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2025 01:04 PM | Show all posts
Cerita taubat pon nak jadikan content. Begitulah retis peghak Malaysia.



Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2025 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 31-1-2025 01:03 PM
terpaling insaf ..terpaling qada solat.ada sorang scholar arab neh kata solat neh wajib qada 2 sbb ...

tau xpe.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2025 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagusla.. Jgn riak sudah
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2025 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Bia la dia nak share ibadah dia..yg korg nak kecam sgt tu kenapa. Kalau benda baik y not, dia kan public figure
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2025 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
fefeeling replied at 31-1-2025 12:44 PM
Ok good for you alhamdulillah but amal ibadah perlu dicanangkan ke

aritu kan dia penah pesan kat anak dia pasal jgn tinggal solat nnt jenuh kena qada
Gaknya wartawan tanya hal berkaitan tu laa

Tp aku ade baca komen org kata tak perlu qada solat yg penah ditinggal dulu tu cukup bertobat je tp isu tu jd pendebatan la
Ada org lain komen suh qada juga
So ND ni qada solat maybe ada asatizah yg bitau dia kena qada solat2 yg penah ditinggalkan masa jahil dulu
Aku selalu nampak juga ada yg share kat socmed katanya lebih baik qada solat2 yg penah ditinggalkan tu drpd sibuk nk wat solat sunat beria2.
Mana satu yg betul aku tak pastilaa kang jd macam isu telekung sblm ni yg org duk kecoh tu udahnya diam je..
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2025 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
boongalalang replied at 31-1-2025 12:48 PM
Bagus jugak, dia boleh tanpa sengaja ajak fans dia qada solat

Betul..cuma kuatkan diri,betulkan niat. Hasutan syaitan terlampau kuat dlm menjadikan kita riak
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2025 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
apedehal replied at 31-1-2025 01:51 PM
Bia la dia nak share ibadah dia..yg korg nak kecam sgt tu kenapa. Kalau benda baik y not, dia kan pu ...

Sebenarnya netizen mmg tak suka artis share menda2 baik sbb nnt takde modal nak mengata

artis tu ibarat infuencer, segala perbuatan selalu jd ikutan org
Aku lagi rela dorang share pasal ibadah drpd share yg berbukan2

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2025 03:12 PM | Show all posts
selamat menjalani ibadah sembahyang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2025 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
xhbs hbs lg la..asyik cite psl penghijrahan je...xrisau ke nnti hati berbolak balik nk bukak balik..baik insaf diam diam..kalau nk bukak balik xde la kena kecam..
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2025 03:34 PM | Show all posts
solat bukan macam puasa yang wajib qada’ kalau tak complete. Nabi tak pernah ajar pun aduhhh

tak solat maknanya dapat dosa. bila kita berdosa buat solat taubat dgn seikhlas hati dan jangan ulang dosa tu. walaupun masih tinggal solat, taubat lagi. kita kan manusia. Allah tahu apa dlm hati kita.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 03:42 PM GMT+8 , Processed in 0.135281 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list