View: 18265|Reply: 5
|
[Tempatan]
Gaji minimum baru berkuatkuasa esok
[Copy link]
|
|
PUTRAJAYA: Seramai 4.37 juta pekerja akan menikmati kadar gaji minimum baharu sebanyak RM1,700 berkuat kuasa esok berbanding RM1,500 sebelum ini.
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) memaklumkan, perintah gaji minimum baharu itu ditetapkan kepada majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih serta majikan menjalankan suatu aktiviti profesional, tanpa mengambil kira bilangan pekerja yang digajikan oleh majikan berkenaan.
Bagi majikan yang menggajikan kurang daripada lima pekerja, tarikh kuat kuasa akan bermula pada 1 Ogos ini bagi memastikan majikan diberi tempoh mencukupi untuk melakukan penyesuaian dalam struktur gaji dan operasi syarikat masing-masing.
"Langkah ini bakal memanfaatkan 4.37 juta pekerja selaras dengan agenda Ekonomi MADANI yang menekankan keadilan sosial dan kesejahteraan rakyat bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan serta inklusif.
"Ia juga sejajar dengan komitmen kerajaan untuk 'Menaikkan Lantai' ekonomi negara dengan meningkatkan kuasa beli yang seterusnya dapat menambah baik kualiti hidup rakyat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut KESUMA, semua majikan diwajibkan mematuhi Perintah Gaji Minimum terbabit dan memastikan pekerja mereka menerima gaji pokok tidak kurang daripada RM1,700 sebulan.
Kegagalan majikan mematuhi Perintah Gaji Minimum itu adalah satu kesalahan dan boleh didenda sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732).
"Bagi memastikan peralihan ini dapat berjalan lancar, KESUMA menyediakan beberapa inisiatif sokongan kepada majikan dan pekerja, termasuk menyediakan saluran aduan dan pemantauan bagi pekerja yang menghadapi ketidakpatuhan menerusi menerusi Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), Jabatan Tenaga Kerja Sabah, dan Jabatan Tenaga Kerja Sarawak
"KESUMA juga bekerjasama dengan agensi berkaitan untuk memberi panduan dan bantuan kepada syarikat yang memerlukan penyesuaian dalam struktur gaji," katanya.
Katanya, KESUMA mengingatkan bahawa gaji minimum tidak sepatutnya dijadikan penanda aras gaji permulaan kepada semua pekerja khususnya siswazah dan pekerja perlu diberi gaji setimpal berdasarkan kemahiran.
"Pelaksanaan Perintah Gaji Minimum ini merupakan pendekatan besar KESUMA dalam meningkatkan pendapatan kaum pekerja selain pelaksanaan Dasar Gaji Progresif dan usaha merancakkan latihan kemahiran sebagai kaedah meningkatkan keberhasilan dan gaji pekerja.
"Dengan pelaksanaan yang berkesan, bukan sahaja pendekatan ini dapat meningkatkan kesejahteraan pekerja, malah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara," katanya. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kalo dah gaji min je 1700, berapa la setiap fresh grad yang ada degree akan dapat, sure lebih |
|
|
|
|
|
|
|
Gila ler.. gaji minimum bangla sekarang sama gaji fresh grad 15 tahun lepas |
|
|
|
|
|
|
|
[AceHand SPECTaceLAR]
Kenapa kerajaang tak tetapkang gaji minimung sejam...? Rasanya itu lebih adel bagi semer pihak... Zamang kerja minima lapang dah berlalu dah... Kena fleksibel... Pekerja mungkeng boleh bekerja lebih dari satu pekerjaang dengang gaji yang lebih setimpal...
Jizzz... Klong! Klong!
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 1-2-2025 10:03 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
AceHand replied at 1-2-2025 12:37 AM
[AceHand SPECTaceLAR]
Kenapa kerajaang tak tetapkang gaji minimung sejam...? Rasanya itu lebih adel ...
Apa aja kerja yg dibayar gaji hari selain dari tukang masak? Satu hari gaji tukang masak range dlm RM 80 ke RM 200..
Kalau ikut jam parok lah..
OT bolehlah dibayar ikut jam????
Kalau swasta guane ikut jam? Makan modal... |
|
|
|
|
|
|
|
selalu pulak nampak pacik ni lalu lalang
|
|
|
|
|
|
|
| |
|