CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30334|Reply: 0

[Sabah] Mangsa banjir di Sabah terus meningkat

[Copy link]
Post time 31-1-2025 03:29 PM | Show all posts |Read mode


PINDAH: Pasukan keselamatan memindahkan mangsa di kawasan terjejas banjir di Jalan Kanibongan Pitas.

KOTA KINABALU: Mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di 10 daerah di negeri ini meningkat kepada 5,617 orang setakat jam 6 pagi ini berbanding 4,383 malam tadi.

Jumlah itu membabitkan sebanyak 1,899 keluarga yang kini berada di 39 PPS di Kota Marudu, Pitas, Paitan, Beluran, Telupid, Tongod, Sandakan, Lahad Datu, Beaufort dan Kota Belud.

Berdasarkan laporan Sekretariat Pengurusan Bencana, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kota Marudu kekal merekodkan mangsa tertinggi seramai 2,944 orang daripada 1,090 keluarga di 10 PPS.

Ia diikuti daerah Pitas dengan seramai 768 mangsa daripada 261 keluarga di lima PPS, Lahad Datu (443 mangsa, 121 keluarga, tiga PPS), Telupid (413 mangsa, 110 keluarga, lima PPS) dan Beluran (196 mangsa, 61 keluarga, tiga PPS).

Selebihnya di Kota Belud (297 mangsa, 88 keluarga, empat PPS), Sandakan (118 mangsa, 28 keluarga, satu PPS), Beaufort (107 mangsa, 29 keluarga, satu PPS), Tongod (54 mangsa, 13 keluarga, satu PPS) dan Paitan (131 mangsa, 48 keluarga, empat PPS).

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Khamis mengeluarkan amaran amaran hujan berterusan bagi kategori buruk di beberapa kawasan di Sabah termasuk Pantai Barat meliputi Ranau dan Kota Belud, Sandakan termasuk Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan serta Kudat sehingga hari ini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.206875 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list