CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38032|Reply: 0

Isteri Along Cham jawab tuduhan curang, hanya mampu istighfar isu keguguran

[Copy link]
Post time 31-1-2025 03:37 PM | Show all posts |Read mode
Kenyataan pelawak dan pelakon Along Cham mengenai keguguran isterinya iaitu Afreena Suhaimi menimbulkan pelbagai persoalan daripada orang ramai.

Ia susulan Along atau Muhammad Nazimudin Ahmad, 42, memberi bayangan seolah-olah Afreena bukan menghamilkan anaknya.

Tidak melenting dengan perkara tersebut, Afreena menafikan dakwaan dia berlaku curang sepanjang perkahwinannya bersama pelawak itu.



"Astaghfirullah, awak suami saya. Awak lebih tahu saya macam mana.

"Ada pula (netizen) yang kata saya curang tetapi saya bukanlah seperti apa yang mereka fikirkan. Along lebih tahu saya macam mana," katanya kepada mStar.

Mengulas mengenai isu melangkar lafaz taklik, Afreena menjelaskan dia sudah cuba yang terbaik untuk menyelamatkan rumah tangga mereka.

Bagaimanapun, hasrat untuk berbaik tidak kesampaian apabila Along nekad menfailkan pengesahan lafaz cerai taklik terhadapnya dalam masa terdekat.

"Siapa yang berkahwin untuk bercerai? Saya sendiri mahu selamatkan rumah tangga saya.

"Saya ada cuba pujuk dan bercakap untuk baiki perkara ini tetapi dia mahu failkan lafaz taklik. Jadi, saya berserah sahaja," ujarnya.

Sebelum ini, Along memberitahu dia mengetahui Afreena hamil ketika minggu ketiga berada di dalam Penjara Sungai Buloh.

Manakala berita keguguran itu pula baru diketahui sebaik sahaja dia diikat jamin pada 27 Januari lalu.

"Saya cakap (doa) dengan Allah, kalau kandungan itu milik saya, Engkau kekalkan. Namun, jika sebaliknya Engkau keluarkan.

"Tapi, apabila dia (Afreena) kata dah keguguran, saya pun tidak tahu. Tanya Allah. Cuma, dia memang ada beritahu saya (berkenaan hamil)," katanya.

Pada 28 Januari lalu, Along nekad untuk memfailkan pengesahan lafaz taklik terhadap isterinya di Mahkamah Rendah Syariah Sepang dalam masa terdekat.

Untuk rekod, Along dan Afreena berkahwin pada 4 April 2024 selepas sembilan tahun menduda.

Along pernah berkahwin dengan penyanyi Zila Saeron pada Januari 2010 namun bercerai pada September 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Ahmad Daniel yang kini berusia 14 tahun.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 11:10 AM GMT+8 , Processed in 0.349764 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list