CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 54251|Reply: 20

Atikah Suhaime sakit hati, kawan cakap dirinya buruk masa hamil

[Copy link]
Post time 31-1-2025 04:01 PM | Show all posts |Read mode
Cakap tidak berlapik, pelakon Datin Atikah Suhaime meluahkan rasa kecewa apabila sering menjadi mangsa ‘face shaming’ orang terdekat yang mempersoalkan penampilannya semasa hamil.

Atikah atau nama penuhnya Nur Atikah Mohd Suhaime, 33, berkata, insiden itu berlaku apabila rakannya datang melawat dan terkejut melihat perubahan fizikalnya yang lebih berisi disebabkan sarat mengandung.



“Baru-baru ini, ada kawan rapat datang rumah selepas lama tak jumpa. Dia tengok saya dan terus cakap, ‘Wow, tak lama nak bersalin ke ini?’

“Saya jawab, Insya-Allah Mac nanti saya bersalin. Tapi, dia tambah pula, ‘Saya ada kawan, walaupun dia mengandung, nampak cantik sangat, glowing. Biasalah sebab awak anak perempuan, akan tarik seri mak dia.’

“Saya tak pasti kenapa dia cakap begitu, tetapi rasa macam dia sengaja nak beritahu saya nampak buruk sangat waktu mengandung,” katanya dalam TikTok.

Kata pelakon filem Tantiana itu lagi, kejadian tersebut membuatkan dia lebih selesa menghabiskan masa bersama keluarga berbanding dengan sahabat kerana bimbang berdepan situasi sama.

  


“Sebab itu saya jarang lepak dengan kawan-kawan. Saya lebih suka habiskan masa dengan Amir, adik ipar atau ibu mertua.

“Setiap kali keluar dengan kawan, mesti ada sahaja yang buat saya terasa hati. Saya jadi kagum bagaimana orang lain boleh simpan kawan ramai-ramai.

  


“Tapi saya, kalau lepak dengan kawan, selalu rasa sakit hati sahaja,” ujarnya.

Atikah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh pada Januari tahun lalu.

  


Pada September 2024, Atikah berkongsi khabar gembira dirinya hamil empat bulan selepas video mukbang memaparkan dirinya kelihatan berisi mendapat perhatian ramai.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2025 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Humble brag ke caner...muka dia lawa je
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2025 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah masuk bulan 2 ni mcm lama sangat nih bunting
Selagi tak beranak selagi tu thread wanita mengandung ni akan ada eberidei
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2025 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Ye le sakit ati bila lepak dgn kawan2 sbb awak rasa awak paling terpaling kan so org lain tak leh lebih.  Mungkin juga just hormonal tu sbb kuat sensitip.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2025 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh apa nak dapat validation dari kawan kawan. Kalau kawan aku ckp aku buruk depan muka dia aku cakap muka engko pun sama. Apa benda laa marah ke kawan luah kat socmed. Itulah punca sakit mental.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2025 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau aku la kan...dulik apa aku org nak kata buruk, janji laki kaya haha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-2-2025 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Rasa mcm over plk sikit2 nk sentap. Bosan klu ada kawan gini. Kita mksdkn lain dia phm ke lain. Overthinking..

Iols perasan retis bila kawen dgn orka atau omputeh suara dia terus didengari ya. Cth datin senduk, acik pamela anderson. Walhal dulu2 thp rempit je.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2025 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
cuba chill2 je kaka
kesah pulak dgn org nak kata apa psl hang
janji rambut hang kepuk2 depa ada tak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2025 12:39 PM | Show all posts
Tapi memang muka dia kusam je sepanjang preggy ni. Idung pun kembang setaman. Maybe gegirl kot dlm perut tu. Seri mak kena tarik dek anak dlm perut.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2025 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Alaaamak org baru kata lebih classy & relax banding dgn tintan


Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
yetta2 replied at 1-2-2025 12:39 PM
Tapi memang muka dia kusam je sepanjang preggy ni. Idung pun kembang setaman. Maybe gegirl kot dlm p ...


Mmg hakikat pun
Dulu iols preggy pun muka buruk, kepam yakmat
Bila scan baru tahu anak girl
Klau org ckp iols x cantik redha jela sbb mmg benda betul. Lgpun kejap je 9 bulan tu
Bkn semua merasa nikmat mengandung
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Takpe, duit kepuk2.
Lepas bersalin nanti, diet la balik
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 09:06 AM | Show all posts

mcm lama benor dia peknen

tapi she tetap cute wpun berat badan dia mesti naik 20 kg camtu
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Mayb aku sorg yg rasa tak selera bila minah ni memasak
Jenis tak terlaten kata orang jawa
Dgn serai, daun pandan sebesor2 tidak dicebur masuk menumis.
Itu la besen tapis, senduk tapis  dibuat mengaul dlm kuali
Kalau iya pun malas membasuh , tak kan gitu sekali perangai.
Bila komen kat tiktok, ramai pentaksub juga dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Tekya siap cakap zahirah macam maid. Laki bini tu wat dunno tak layan orang sakit mental. Alah tikah, takyah layan kawan tu. Jangan jadi low class mcm kawan tu.

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Jarang la jumpa yg cantik berseri time pretty.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2025 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Piramida at 2-2-2025 05:12 PM

Lerrr standard je tu kata2 kawan dia... Tak lah Teruk sgt pun.
Ai kalau dgn kawan rapat dan mesra.. memang lepas mulut je.
Yes, memang she nampak tembun sgt bila pregnant, but tts normal lah utk ibu2 mengandung. Lain org lain badan lain kembangnya.

The good thing dia ni x nampak fake...
Pandai dan rajin masak ikut tekak dia nak mkn apa. Takde nak kontrol2.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Madel replied at 2-2-2025 02:02 PM
Mayb aku sorg yg rasa tak selera bila minah ni memasak
Jenis tak terlaten kata orang ja ...

Kdg2 perasan dia masak banyk tapi kuali allahu bapak kecik nk gaul pun susan lepastu terfikir beli je la baru yg besar x kan la kedekut sgt
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
lyshafull replied at 2-2-2025 09:32 AM
Kdg2 perasan dia masak banyk tapi kuali allahu bapak kecik nk gaul pun susan lepastu terfikir beli ...

Dah tahu masak utk 10org makan kan
Guna kuali kecik, pastu tengah2 memasak tukar kuali besar..apoo
Sbb tu aku ckp dia ni jenis tak terlaten.
N naseb baik mak mertua dia bukan sis ketuk2 ramadan, silap2 sudip smpai ke kepala
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 08:41 PM | Show all posts
Madel replied at 2-2-2025 06:49 PM
Dah tahu masak utk 10org makan kan
Guna kuali kecik, pastu tengah2 memasak tukar kuali besar..apoo ...

Yes nasib baik her mil cina (I think??) n not the cooking kind. Kalau tak dah kena kata sebakul. She masak mcm Kelam kabut n yg ditumis looks like belum masak garing betol. Ntahlah like no kitchen etiquette pun ada. ????
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.438258 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list