View: 36828|Reply: 15
|
[Jenayah]
Merosakkan Wang Kertas, Duit RM50 Koyak Terbelah Dua Masa Bukak Angpau!
[Copy link]
|
|
Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@irfannudin350), seorang individu menunjukkan situasi di mana duit yang diterima bernilai RM100 telah rosak selepas dia dipercayai tidak sengaja mengoyakkan sampul angpau.
Bayangkan rasa teruja untuk mengetahui berapa nilai wang yang diberikan itu kemudiannya berakhir dengan perasaan kecewa.
Memang tak boleh nak bayangkan macam mana lelaki itu rasa selepas ternampak bahagian atas duit RM50 sebanyak dua keping itu terjatuh.
Video berkenaan telah meraih perhatian ramai dan berjaya mendapat 917,400 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata masyarakat meluahkan rasa terhibur dan sengaja mengusik individu berkenaan kerana terburu-buru mahu membuka sampul angpau berkenaan.
“Tak sabar sangat nak buka kan,” usik pengguna media sosial.
“Cara bukanya tu yang salah, bukan salah bos ya,” ujar seorang lagi pengguna TikTok.
Sementara itu, ada juga pengguna TikTok yang berpendapat bahawa duit itu masih boleh diselamatkan dan digunakan lagi iaitu dengan cara menukar yang baharu di bank.
“Tukar kat Maybank. Saya pernah tukar RM100. Janji ada nombor siri lagi,” jelas pengguna media sosial.
Kriteria Wang Yang Dikira Sebagai Rosak
Sebelum anda ingin menukar wang kertas yang rosak di bank, beberapa kriteria perlu dikenal pasti terlebih dahulu.
Antaranya:
Terdapat tompokan kotoran dan cecair pada sebahagian atau menyeluruh.
Warna luntur.
Tekstur lembik.
Hilang ciri-ciri keselamatan pada wang kertas.
Wang kertas berlubang.
Nilai pertukaran dan tempoh ganti pula bergantung kepada keadaan wang yang sudah rosak. Jika nilai wang yang rosak itu jelas, maka anda boleh mendapatkan ganti pada hari yang sama.
Tetapi jika nilainya kurang jelas akibat rosak teruk, maka gantian akan diberikan pada hari lain selepas dirujuk kepada Bank Negara Malaysia (BNM).
Anda juga boleh melayari laman web BNM untuk mengetahui maklumat lanjut tentang wang kertas yang sudah rosak.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Btw .ada video manatah..dia pi lipat lipat duit buat Bunga hantaran etc..so acik acik tahun 50an |
|
|
|
|
|
|
|
Rajin2 gi bank sis hari isnin ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
first time aku dengar lagu dlm video tu kelakar gila |
|
|
|
|
|
|
|
Padan muka. Ni bukan surat bank nak buka pakai siat2 begitu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bodoh. Cara buka angpao bukan macam tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Org skrg suka kongsi kebodohan memasing kat socmed
|
|
|
|
|
|
|
|
Akak rasa nak piat2 telinga kau dek cara bukak sampul pun tak reti bukak macam babi, dekkkkkkk….. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku x tau sama ada org tu bukak sampul camtu,
Atau style tulis tajuk mcm x belajar BM oleh TT yang menyebabkan aku jaki.
Mexxxxxxx xxxx xxxx, xxx xxx xxx
Nak jugak mulekan dngan imbuhan ME, pastu koma kt tgh.
Tahun lepas @Raline dan @Racurve buat mende sama jg. |
|
|
|
|
|
|
|
Altheas replied at 31-1-2025 10:56 PM
Artikel bermanfaat
Siapa lagi yang nak puji benang sendiri kan
|
|
|
|
|
|
|
|
slyfynx replied at 1-2-2025 08:48 PM
Aku x tau sama ada org tu bukak sampul camtu,
Atau style tulis tajuk mcm x belajar BM oleh TT yang ...
Tak payah tag banyak2 lah. Orang yang sama semua tu termasuk nick yang bekap wartawan cari dan kdg2 serang ko balik.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|