CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37862|Reply: 15

[Jenayah] Gelongsor Kaca i-City Tiada Kelulusan, Rupanya MBSA Dah Banyak Kali Bagi Notis Amaran!

[Copy link]
Post time 31-1-2025 09:23 PM | Show all posts |Read mode


Menurut Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Mohd Azhar pihak i-City tidak membuat permohonan kelulusan sebelum beroperasi untuk permainan gelongsor kaca berkenaan.

Sebelum ini, taman tema i-City telah menarik perhatian ramai apabila tampil dengan tarikan terbaharu iaitu gelongsor air kaca yang terpanjang di Malaysia iaitu 600 meter.

Apa yang lebih menarik, sejak pembukaannya pada 18 Januari lalu gelongsor kaca yang dikenali sebagai SkyCity Tower turut dihiasi dengan pelbagai lampu berwarna-warni pada waktu malam.

Bukan hanya itu, mereka yang menaiki gelongsor ini juga boleh melihat pemandangan dari ketinggian 60 meter. Namun sebelum ini, tarikan berkenaan telah menjadi perhatian apabila ramai yang bimbang mengenai keselamatannya selepas ada yang mendakwa terdapat kesan retakan dalam satu video yang tular.

Susulan itu pihak i-City tampil menjelaskan ia bukan kesan retakan sebaliknya kabel lampu serta memberi jaminan tarikan berkenaan selamat digunakan dan penyelanggaran berkali juga sering dilakukan.

MBSA Dedah gelongsor kaca i-City tak ada kelulusan

Belum reda dengan isu tersebut, baru-baru ini tular satu lagi video mengenai tarikan itu di media sosial apabila terdapat pelampung yang terjatuh dan menimpa pengunjung yang hadir ke taman tema tersebut.

Terbaharu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memaklumkan taman tema berkenaan belum lagi mendapatkan kelulusan dari pihaknya untuk beroperasi.

Jelas Ketua Bahagian Korporat dan Pehubungan Awam MBSA, Mohd Azhar Mohd Sharif notis juga telah dikeluarkan agar tarikan itu dihentikan sewaktu ia masih lagi dalam tempoh pembinaan. Akan tetapi, perkara itu tidak dipatuhi.
Kompaun dikenakan kerana tak buat permohonan kelulusan

Katanya ekoran perkara itu, pihak berkuasa tempatan (PBT) telah bertindak mengeluarkan kompaun terhadap pihak i-City pada 14 November 2024.

“Permainan ini belum dapat kelulusan beroperasi. Mereka (i-City) perlu menghantar permohonan kebenaran merancang (KM) dan permit sementara.

“Pihak i-City dikompaun kerana tidak membuat permohonan kelulusan sebelum beroperasi. Ada notis untuk henti ketika pembinaan tetapi tidak patuh, jadi MBSA keluarkan kompaun.

“Tindakan notis henti kerja dan kompaun dikeluarkan pada 14 November tahun lalu. Permainan ini akan diminta menghentikan operasi,” ujar beliau, lapor Sinar Harian.

Terdahulu tular video memaparkan pengunjung yang menangis kerana sakit selepas ditimpa oleh pelampung gelongsor berkenaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-2-2025 09:45 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2025 09:24 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2025 09:25 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2025 09:25 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2025 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2025 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 31-1-2025 09:51 PM
https://vt.tiktok.com/ZS6c9WpLP/

Tgk sampai abes sambil istighfar dlm hati kot la penghujung bidio pelampung yg kna gossip tu jatuh ataih pala budak ni

Tidak yer tuan2. Sakit hati ja
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2025 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Hanif basri masih lagi dgn mbsa. Mcmanalah heols hadapi orang duk sokseksoksek. Kulit tebal kot.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2025 12:37 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 31-1-2025 10:14 PM
Hanif basri masih lagi dgn mbsa. Mcmanalah heols hadapi orang duk sokseksoksek. Kulit tebal kot.



Tebal je. Baru je pukul 8 td keluar tv. Press minta statement psl apa ntah td.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2025 12:38 AM | Show all posts
Edited by ctaz at 1-2-2025 12:40 AM

biasa la...cina maaa....
buat dulu baru submit....
sama la mcm rumah2 depa....tambah dulu....
bila dpt surat saman baru mengelupor cari arkitek utk buat submission....


...sebenor nya MBSA pun tgh dlm radar SPRM....
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2025 12:43 AM | Show all posts
[AceHand SPECTaceLAR]

Worang dah siap buat permainang baru nak kecoh ka...? Hah! Hah! Hah!


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2025 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Tgk pun seram. Mcm tk selamat je
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2025 01:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Notis amaran 14hb Nov 2024...? Kebenaran Merancang pun takde.
Aku pircaya pembinaan tu dibuat jauh lebih awal dari tarikh tu lagi.
Pastu open pulak for public.
Kalau apa² insiden berlaku, mangsa boleh press charges pukul keliling ni.
Dah lupa kaa waris mangsa kes tanah tuntuh Batang Kali saman keliling.

Yang netijen nampak sekarang ni dua jer... kalau tak tido, rasyuah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2025 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Bahaya betul sebab gelongsor ini terbuka. Ini bukan mcm gelongsor tiub yang tertutup tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2025 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Negeri team baik.. tak kan la..
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2025 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
yang beratur nak naik tu panjang ke tak? huhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 10:58 AM GMT+8 , Processed in 0.471097 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list