CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21399|Reply: 0

[Tempatan] Mahasiswa serah wang tunai dan barang kemas ibu bernilai RM147,000 kepada scammer

[Copy link]
Post time 1-2-2025 11:57 AM | Show all posts |Read mode


Mahasiswa serah wang tunai dan barang kemas ibu bernilai RM147,000 kepada scammer

  • Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
  • 1 Februari 2025, 11:41 am


Share on facebook

Share on twitter

Share on whatsapp

Share on email

Share on telegram

Share on linkedin




Gambar hiasan


KUANTAN – Akibat takut ditangkap ‘polis’ seorang mahasiswa bertindak menyerahkan barang kemas dan wang tunai milik ibunya selepas diperdaya ‘scammer’ yang menyamar sebagai wakil sebuah syarikat e-dagang dan pegawai polis.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kejadian bermula pada 23 Januari lalu selepas mangsa yang berumur 20 tahun menerima panggilan telefon daripada pihak mendakwa sebagai wakil syarikat e-dagang yang menyatakan mangsa mengiklankan barangan menyalahi undang-undang.
“Panggilan telefon itu kemudiannya disambungkan kepada ‘pegawai polis’ dan suspek memaklumkan bahawa mangsa terlibat dengan pengubahan wang haram.
“Suspek meminta mangsa membuat pemindahan wang bagi mengelakkan mangsa ditangkap dan membersihkan rekod mangsa daripada kes jenayah,” katanya di sini hari ini.
Menurut Yahaya, mangsa kemudiannya telah membuat pemindahan wang sebanyak RM47,000 ke tiga akaun berbeza.
Katanya, pada 30 Januari lalu mangsa juga diarahkan untuk menyerahkan barang kemas milik emaknya bernilai kira-kira RM100,000 kepada seorang perempuan yang tidak dikenali berhampiran kawasan perumahannya.

“Mangsa mula menyedari ditipu apabila ibu mangsa mempersoalkan kehilangan barang kemas dan kekurangan wang simpanan dalam akaun banknya,” katanya. – KOSMO! ONLINE




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 10:46 AM GMT+8 , Processed in 0.123365 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list