View: 24398|Reply: 8
|
[Jenayah]
Pelampung Tersekat Kat Tengah Gelongsor Air, Kena Tunggu Staf Turun Nak Tolong Tolak!
[Copy link]
|
|
Menerusi video yang dikongsi pengguna TikTok dikenali sebagai frogskins6, dia telah memuat naik video yang diambil secara tidak sengaja sewaktu mahu melihat pemandangan dari atas bagi bangunan lain.
Seram pula tengok
Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai yang kebanyakannya mengakui ‘seram’ melihat kejadian itu.
Ada juga yang mempersoalkan tindakan staf yang datang menghulurkan bantuan tanpa sebarang ‘safety’ memandangkan permainan tersebut berada di kedudukan yang agak tinggi.
“Tengok best tengok view, sekali nampak kejadian ni pulak, hahaha
“Nasib kome tak tersekat lama yek,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Pengunjung tersekat di tengah, staf meniti tolak pelampung
Berdasarkan video berkenaan, pengunjung yang sedang menaiki permainan tersebut dilihat seakan tersekat di tengah gelongsor kaca terbabit sebelum staf yang bertugas segera meniti memberikan bantuan.
Terdahulu, permainan gelongsor kaca yang baru dibuka dan sedang heboh diperkatakan telah mencetuskan persoalan tentang keselamatannya susulan pelampung jatuh dari atas ke bawah sehingga menimpa pengunjung.
Difahamkan, permainan tersebut belum mendapat kelulusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan telah kompaun atas beberapa isu pada 14 November tahun lalu.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Rsau lah, awal2 lgi dah ada insiden tak best |
|
|
|
|
|
|
|
sah sah pelampung hampir sama lebar dengan laluan
bila kat korner mmg tersekat la
|
|
|
|
|
|
|
|
Boikot aje la ...byk kejadian ringan2 dah ada..jgn nanti ada kematian dah |
|
|
|
|
|
|
|
Bahayanya!!!! X kena kat pengunjung, takut staff pulak yg malang. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tak kasi la anak aku datang sini.. baik gi glamping ja.. yes cuti skolah tinggal 2 minggu lg..
Jenuh aku cuti jaga budak2 |
|
|
|
|
|
|
| |
|