CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24198|Reply: 0

[Pulau Pinang] Zakat MAINPP: RM3.19 juta bantu 21,272 murid asnaf

[Copy link]
Post time 1-2-2025 05:46 PM | Show all posts |Read mode
Zakat MAINPP: RM3.19 juta bantu 21,272 murid asnaf

Nur Izzati Mohamad[email protected]




Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid (tengah) pada Majlis Pelancaran Skim Agihan Zakat-Pembelian Tanpa Tunai 'Kembali Ke Sekolah 2025' di sebuah pasar raya di Jalan Baru, Bukit Mertajam. FOTO Nur Izzati Mohamad





Bukit Mertajam: Seramai 21,272 murid kurang berkemampuan di Pulau Pinang menerima sumbangan pakaian serta peralatan sekolah menerusi Skim Agihan Zakat-Pembelian Tanpa Tunai 'Kembali Ke Sekolah 2025' membabitkan jumlah keseluruhan RM3.19 juta.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid berkata, sumbangan itu diluluskan Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) bagi membantu murid beragama Islam dalam kalangan asnaf fakir dan miskin membuat persediaan memasuki sesi persekolahan baharu.

"Skim ini bermula sejak 2008 dan diteruskan lagi dengan sedikit perbezaan mengikut peredaran zaman pada masa kini seiring dengan inovasi bagi memastikan efisiensi bantuan sampai kepada golongan sasarannya.

"Oleh itu, penyaluran agihan skim ini adalah melalui penebusan tanpa tunai yang akan melibatkan 24 outlet yang dilantik oleh MAINPP dengan hanya menggunakan kad pengenalan penerima," katanya pada Majlis Pelancaran Skim Agihan Zakat-Pembelian Tanpa Tunai 'Kembali Ke Sekolah 2025', di sini, hari ini.

Jelasnya, setiap anak asnaf layak menerima bantuan RM150 dan boleh membuat penebusan membabitkan keperluan seperti pakaian sekolah, pakaian unit beruniform, pakaian sukan atau beg sekolah, kasut dan alat tulis.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, kerajaan negeri juga sentiasa menekankan kepentingan pendidikan dengan melaksanakan pelbagai inisiatif kepada rakyat yang tidak berkemampuan.

"Sejak tahun 2009 lagi, kita telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memastikan anak-anak kita, tanpa mengira latar belakang keluarga, mampu mempunyai akses kepada pendidikan secara saksama.

"Pelbagai bantuan pendidikan bersasar dengan kerjasama agensi MAINPP dan badan bukan kerajaan serta syarikat korporat terus giat dilaksanakan bagi memenuhi keperluan semasa murid-murid yang kurang berkemampuan di Pulau Pinang," katanya.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, melalui agenda Penang2030, antara hasrat kerajaan negeri adalah untuk meningkatkan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendah.

"Susulan itu, MAINPP telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bantuan kemasyarakatan secara holistik. Antara pendekatan yang dilaksanakan adalah memperkasakan skim agihan zakat lebih efisien dan efektif dalam menyantuni golongan kurang berkemampuan.

"Penebusan barang keperluan sekolah tanpa tunai pada hari ini juga adalah langkah yang sejajar dengan visi Penang2030 untuk menjadi sebuah negeri pintar dan hijau berteraskan keluarga inspirasi negara," katanya.



Disiarkan pada: Februari 1, 2025 @ 4:38pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/02/1182734/zakat-mainpp-rm319-juta-bantu-21272-murid-asnaf




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 11:06 AM GMT+8 , Processed in 0.035458 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list