CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10080|Reply: 3

Nabil Ahmad buat hal, kongsi aurat isteri ketika video call

[Copy link]
Post time 1-2-2025 09:54 PM | Show all posts |Read mode
Nabil Ahmad tidak menyedari aurat isterinya terdedah ketika membuat panggilan video yang turut dikongsi di laman sosial Era FM.

Kata Nabil atau Ahmad Nabil Ahmad, 42, dia juga tidak menyangka perkara tersebut menjadi bualan ramai sehingga ramai yang memberi kecaman terhadapnya dan isteri iaitu Nazirah Ayub.



"Saya terlepas dan ia tidak sengaja. Ketika itu saya nampak dia (isteri) macam pakai tudung. Saya pun tidak tahu video itu viral.

"Betullah kata orang tua, jangan seronok sangat... nanti bersedih," katanya kepada mStar.

Nabil mengulas perkara itu ketika ditemui pada sesi Meet and Greet bersama duta Jakel yang berlangsung di Shah Alam pada Sabtu.

Sebelum ini tular video Nabil melakukan panggilan video bersama isterinya yang sedang memasak di rumah menyediakan menu untuk rakan-rakan di konti radio.

  


Rakaman tersebut yang turut dimuat naik di laman sosial rasmi radio Era namun kemudiannya dipadam selepas menerima banyak kecaman.

Dalam video berkenaan kelihatan Nazirah atau Zira hanya memakai tuala menutup bahagian kepala.

Berharap perkara sebegitu tidak akan berulang, Nabil berjanji akan lebih berhati-hati dalam memuat naik sebarang kandungan di media sosial.

  


"Saya tahu video tersebut akan dimuat naik, saya yang suruh.

"Doakan saya akan lebih berhati-hati dan cakna dengan keadaan semasa. Kita belajar dari kesilapan," ujarnya ringkas.

  


Ini bukan kali pertama kejadian seumpama berlaku malah sebelum ini Nabil sendiri berkongsi video isterinya tidak memakai tudung ketika mereka sedang bercuti.

Menjelaskan perkara tersebut, dia memberitahu ia adalah video lama dan tidak sengaja dikongsi kerana tidak tahu menggunakan media sosial.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2025 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Nabil kot.... xde mengejutkan klu benda2 ni terjadi
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2025 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Bini dia memang pakai tudung on off kan.. Jenis pakai cekik leher, kadang pakai style tayang leher, bini dia bukan setazah tiktok yang paksa2 orang pakai tudung labuh tutup Bahu... Lagi pun zira je kot, pakai ke tak pakai ke who cares
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 01:08 AM | Show all posts
itupon jadi isu yer.. lorat bethol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.080507 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list