View: 8506|Reply: 8
|
Ziana Zain tak nak komen bakal dipanggil SPRM
[Copy link]
|
|
Ziana Zain enggan mengulas mengenai namanya dikaitkan sebagai penyanyi yang bakal dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung isu sebuah syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Ops Sky.
Ziana atau Siti Roziana Zain, 57, berkata, dia tiada sebarang kenyataan hendak diberikan dan tugasnya hanyalah menyanyi.
“Tiada komenlah sayang, saya hanya menyanyi sahaja,” katanya.
Ziana juga dilihat terus bergegas pulang sejurus selasai menjurikan program One In A Million (OIAM) yang berlangsung pada malam Ahad.
Sebelum ini, pelakon Datuk Jalaluddin Hassan memaklumkan setakat ini dia tidak menerima sebarang panggilan daripada pihak SPRM berkaitan kes tersebut.
Jalaluddin menjelaskan dia hanya menjalankan tugas membuat promosi syarikat perunding kewangan berkenaan sebagau duta dan tidak terbabit dengan perkara lain.
Pada Ahad, media melaporkan pihak SPRM akan memanggil beberapa selebriti yang didakwa mempunyai kaitan dengan syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Ops Sky.
Difahamkan selebriti yang menjadi duta dilaporkan menerima bayaran sekitar RM150,000 hingga RM400,000 daripada syarikat terbabit.
Siasatan terhadap selebriti berkenaan dilakukan susulan penahanan sekurang-kurangnya 27 individu termasuk lapan pengarah syarikat dan 18 pegawai bank oleh Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) dalam Ops Sky hasil kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM).
Lebih mengejutkan apabila hasil siasatan SPRM turut mendapati sindiket itu turut melabur sejumlah wang yang besar bagi penciptaan lagu membabitkan penyanyi tersohor negara.
Pihak SPRM juga mendedahkan sejumlah wang sebanyak RM700 juta pinjaman bank diluluskan kepada peminjam yang kemudian terjerat dengan sindiket kononnya menawarkan bantuan kewangan, tetapi mengaut sekurang-kurangnya 35 peratus daripada jumlah pinjaman diluluskan bank-bank pada satu masa.
Sejak tiga minggu lalu, SPRM berjaya menumpaskan kegiatan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarikat perunding kewangan bersama pegawai bank di beberapa institusi kewangan.
Dalam operasi berkenaan, sebanyak 98 akaun syarikat dan individu bernilai lebih RM22 juta dibekukan SPRM berhubung sindiket pengubahan wang haram yang dipercayai didalangi syarikat perunding kewangan.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Harap acik ziana tak gunakan kuasa vokalnya untuk menjawab soalan pihak berkuasa |
|
|
|
|
|
|
|
artis2 ni dorg duta je kan? dorg tau ke tu company scammer? |
|
|
|
|
|
|
|
Walaupun akaq ialah pemenat sheols tp ingin akaq padankan aje muka nek jenna inilah balasannya bila berjanji setiap tahun ckp nk kluar album tp habuk pun x dak balik2 lagu duet sampah. Tersampah lagu Teman sheols duet dgn Alyph tu jijikk yacch.. geli geleman akaq mendengorrrnya |
|
|
|
|
|
|
|
takpe nek ziana boleh jawab sheols pun kene scam... manalah sheols tau modus operandi pegawai2 bank yg luluskan loan scammer2 tu...
berbeza dengan company yg sponsor konsert nek ani dengan skim rumah rm10 yang obviously too good to be true ittew
|
|
|
|
|
|
|
|
sorang lagi duta Sheikh Muzaffar kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Melabur utk penghasilan lagu Semangat Wira (lagu tema company) tu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
forex replied at 3-2-2025 09:07 AM
sorang lagi duta Sheikh Muzaffar kan?
aikkk?lokter terpaling penceramah parenting pun kena scammed ke???takkan la heolllsss bongok sngat sanggup diri dipergunakan company scam |
|
|
|
|
|
|
|
mamajawie replied at 3-2-2025 07:09 PM
aikkk?lokter terpaling penceramah parenting pun kena scammed ke???takkan la heolllsss bongok sngat ...
Ank2 nye bpa ramai pulak… ingat murah ke zaman skg inehh |
|
|
|
|
|
|
| |
|