CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 12421|Reply: 59

[Jenayah] Tak Puas Hati Sebab Jujur Sangat, Menjahanamkan Peniaga!

[Copy link]
Post time 5-2-2025 08:08 AM | Show all posts |Read mode




Bila kecoh makanan viral di media sosial, orang ramai pasti tercari-cari ulasan dari seorang pempengaruh makanan di TikTok kerana dijadikan sebagai rujukan.

Bagaimanapun, seorang reviewer lain telah memuat naik meluahkan rasa ketidak puasan hati dengan pempengaruh terbabit kerana dituduh ulasannya hanya menjahanamkan atau perosak bisnes peniaga makanan di luar sana.

Menurut lelaki itu, dia sedia melawati kedai yang pernah dicuba oleh pempengaruh itu namun kini sudah lengang ekoran telah diberi ulasan negatif.

“Apebenda ko buat, ko nak tolong peniaga ke nak menjahanamkan peniaga,” luahnya.

Dia bukan sahaja membidas pempengaruh itu, malah memainkan sentimen perkauman di dalam hujahnya seolah-olah tidak meraikan pandangan bangsa lain.

Susulan itu, tuan badan yang dikenali sebagai Jason langsung membalas video berkenaan dengan menangkis segala tohmahan dalam mempertahankan imej dan kredibilitinya.

Dituduh kejujurannya telah menjadi punca sesebuah kedai makan menjadi kosong, dia menegaskan bahawa ulasan yang diberikan itu apa yang dirasainya dan dipersetujui oleh orang ramai.

Malah, dia percaya jika kalau kedai makan itu sememangnya sedap, buatlah ulasan negatif sekalipun tetap akan dipenuhi dengan pelanggan.

Menjawab kenyataan tidak perlu memuat naik video jika makanan tidak sedap, Jason berpendapat yang dirinya hanyalah pengguna biasa dan pencipta konten yang berkongsi pendapat terhadap makanan yang dijual dan menentukan sama ada ia berbaloi atau sebaliknya.

“Kalau ikut logik awak, awak menjangkakan semua pengguna biasa tidak boleh memuat naik sebarang video kalau tidak sedap, jika semua orang berfikiran bisnes, seperti awak di dalam video, siapa yang akan menjadi pengguna biasa untuk kesiankan duit susah payah dari kerja kita?” soalnya.

Dia juga tidak bersetuju dengan kenyataan yang meminta orang tidak memberi ulasan jika tidak dijemput oleh pemilik kedai walhal makanan dan minuman dijual kepada orang awam.

Jadi, apa salahnya untuk seseorang memberi ulasan yang jujur apa yang dirasai tentang makanan yang dijual secara terbuka melainkan bisnes itu dibuat secara tertutup.

Tambahnya, sebab dia memberikan rating kepada makanan yang dicuba adalah sesuatu yang normal dan ia juga merupakan hak kebebasan suara yang diamalkan di negara ini.

Baginya, walaupun seseorang itu chef tersohor sekalipun, tidak bermaksud masakan mereka akan sentiasa sedap sehingga orang biasa tidak boleh mengkritik atau memberi pendapat.

Dia juga menjelaskan menjadi perkara biasa buat para reviewer memberikan pendapat terhadap makanan dan akan ada pujian atau pun kritikan menerusinya.

Jika sentiasa memberikan komen yang positif, dia merasakan itu sudah menjadi satu promosi sahaja dan bukan dikira sebagai ulasan biasa.

Dia sekali lagi menegaskan pendirian peribadinya yang akan bersikap jujur dalam ulasannya dan akan menyatakan rasa sesuatu itu makanan sedap atau tidak tanpa sebarang prejudis.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-2-2025 08:08 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahaa...iols mmg.follow dia ni..
Ye la..maybe tak sedap kat tekak dia..sedap kat tekak org lain...ikut lah
Dari yang lain review sedap nak mati..tibe2 orang lain dtg rupanya ciput je..hahahaa...

Jason neh dia beli makanan tu setiap kali review kan..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
OK lah tu dia jujur bagi review. Ada tu review bombastik, rupanya kedai bayar
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 10:09 AM | Show all posts
Mamat ni bitter kenapa? Tekak dia bukannya mewakili semua org pun
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 10:16 AM | Show all posts
setuju dgn jason, susah skrg nak dgr or baca review jujur. mcm si tora tue, review semua sedap.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-2-2025 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 5-2-2025 12:17 AM
Hahaa...iols mmg.follow dia ni..
Ye la..maybe tak sedap kat tekak dia..sedap kat tekak org lain...ik ...

Iya. Ritu dia review kedai Uncle Roger. Dia kata rasa biasa ja aka tak sedap. Boleh dapat makanan sama dengan harga jauh lebih murah tepi jalan memandangkan Malaysia ni sorga makanan. Sah2 restoren tu target turis/fans. Meols trust review si Jason ni.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 10:30 AM | Show all posts
Tekak i selalu kecewa dgn makanan viral but i dh cuba a few places yg dpt high recomendation dari Jason, so far tak lari jauh la pendapat iols dgn review Jason.

Kalau jenis tekak mudah rasa sedap, boleh la rujuk tora-tora.

Ada option kan, life is simple liddat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2025 10:43 AM | Show all posts
dh xsedap xkn nk tipu kata sedap lak...org tu beli pakai duit sendiri...bkn berbayar mcm korang yg penipu tu...blum msuk tekak lg dh pejam2 mata konon sedap sgt...yihhhh
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 10:47 AM | Show all posts
kalau dah tau review tipu buat apa nak tengok.. tapi siapa nak tengok ok jer.

Review online mcm ni, bagus. Tapi orang ramai dan peniaga kena fahamlah, ia boleh naikkan bisnes, ianya juga boleh jatuhkan bisnes. online ni membolehkan marketing dalam skala besar, seluruh dunia pun boleh... jika bagus dpt untung, jika tak, rugi. Tapi klu review tipu, tak maulah tengok.. haha
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku paling tak percaya omputih yang puji2 sedap sambil pejam mata acah2 makan pakai tangan konon nak nampak cam lokal. Kalau dapat lempang sedas dua sedapnya kata hatiku.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 10:54 AM | Show all posts
ingat lagi, masa satu kedai cromboloni tengah hype, beratuq panjang
iols koser nak follow trend bagai
masa dah sendu, iols pergi try
tak sedap pon.
tapi iols suka cromboloni kat ajwa bakery.
sedap di tekak - tak manis sangat, roti dia crunchy dan filling melimpah ruah.
food reviewer diorang dibayar untuk bagi review.
kalau sedap ok la, kalau tak sedap, tak kan nak cakap tak sedap.

si jason ni sama je la dengan kita-kita yang singgah kedai untuk merasa
beza nya jason post online, kita cuma bagitahu kat geng kita je. haha
kalau macam tu kenapa tak serang janna nick sekali.lol.



Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Kdg2 peniaga byr influencer2 ni utk buat review..ats masing2 la nk try ke tak..iols mmg xprnh teringin nk try mknn viral2 ni..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Influenza yang dok kata sana sini sedap memanjang ni samada:

a) Ulasan berbayar.
b) Sejenis tekak telan batu kayu pun dikatanya sedap.

Nak kenal cara, tengok dia kunyah makanan dan ekspresi muka. Fake giler.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 11:58 AM | Show all posts
i paling kelakar baca komen jangan percaya review dari orang gemuk
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Aii percayaa kt KA dan org yg review jujur ni...
KA Tu review mmg jujur...masa dia review food kt hatyai tu sedap...semua Malaysian yg pi hatyai gi gerai tu..terbaik lah KA..harap teruskan review yg jujur..yg Jason ni, from citer kt atas ckp jujur...rasanya betul la tu, btw tak pernah lagi nak tgk Jason ni review..nak pi tgk lah..anyone boleh kasi link?tq
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2025 12:39 PM | Show all posts
aku suka apa Jason tu cakap " tukar dari kaki review ke kaki promo"
tu beza dia. bagi rebiu makanan vs promo sedap guys padu guys portion dia besar guyssss tahiiii

*btw tekak masing2 ada je kedai si jason ni rebiu tapi for me biassser je nyehhhh
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 02:05 PM | Show all posts
wirazam replied at 5-2-2025 12:26 PM
Aii percayaa kt KA dan org yg review jujur ni...
KA Tu review mmg jujur...masa dia review food kt ha ...

neols setuju! KA punya review mmg tak menipu dan kena dgn tekak selera iols
    mcm mek janna review bun after you siam tuu.. pada tekak iols mmg biasa je nyahhh tp cousins & anak2 buah kata sedap. nak nak stoberi & butter bun. sekejapan licin!
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Review Jason ni valid laa jugak dari Jannah Nick ruu semua dessert dia kata biasa dessert kn mmg manis..dah xmakan manis xpayah review dessert based coklat product
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Jason bayar sdr, mkn sdr, review sdr
Bro yg komen tu dia xreti beza kot dgn paid reviewer
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15886 Replies : 27
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 193357 Replies : 7103
Betul ke ayat" ni semua?
beansoyaBetul ke ayat" ni semua?
Views : 3152 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 113716 Replies : 4976
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24475 Replies : 18
Jalan-jalan cari hantu
BicaraHatikuJalan-jalan cari hantu
Views : 40594 Replies : 42
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25782 Replies : 146
Komputer ada problem..
faristoyouKomputer ada problem..
Views : 16951 Replies : 3
Putera Harry sahkan pemastautin tetap Amerika Syarikat
maklukpenggodaPutera Harry sahkan pemastautin tetap Am
Views : 10023 Replies : 24
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29191 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.075484 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list