View: 10228|Reply: 10
|
Dah kayuh basikal hampir 300km, Amar Baharin dijangka sampai ke Hatyai Jumaat ini
[Copy link]
|
|
Nampaknya pelakon Amar Baharin memang tidak main-main dengan aktiviti berbasikal apabila kini dalam misi kayuhan dari Kuala Lumpur ke Hatyai di Thailand.
Amar atau Amar Mohd Baharin, 40, tidak berseorangan sebaliknya ditemani oleh jurulatihnya dikenali sebagai Ady menyelesaikan perjalanan memakan jarak sejauh 550 kilometer.
Berkongsi mengenai misi berkenaan, Amar memberitahu kayuhan dari Kuala Lumpur ke Tanjung Malim pada hari pertama turut ditemani oleh rakan-rakan daripada komuniti berbasikal Seven Cycle.
"Doakan perjalanan kami untuk hari kedua. Kami memulakan kayuhan dari Kampar sampai ke Bagan Serai dalam 150 kilometer.
"Doakan perjalanan kami dan kami doakan anda semoga baik-baik sahaja," ujarnya.
Sementara itu, Amar ketika dihubungi mStar menjangkakan akan sampai ke Hatyai pada Jumaat ini.
Kata Amar, setakat hari kedua kayuhan tersebut dia tidak mengalami sebarang kesukaran sebaliknya hanya kepenatan disebabkan cuaca panas.
"Insya-Allah esok (Khamis) kami akan bergerak dari Parit Buntar sampai ke Alor Star dan berehat sebelum meneruskan perjalanan.
"Dari Alor Star kami akan terus kayuh ke Hatyai dan insya-Allah kami sampai ke sana pada Jumaat ini," katanya.
Menjengah ke Instagram isterinya iaitu Amyra Rosli, aktres itu berkongsi perasaan tidak dapat tidur malam kerana bimbang akan suaminya.
Pelakon itu juga memohon orang ramai agar mendoakan keselamatan suaminya sepanjang perjalanan.
"Saya rasa tidak boleh tidur malam ini sebab buah hati nak kayuh sampai ke Thailand.
"Doakan perjalanan suami saya," katanya.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa belakon makin kayu si ammarrr ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Apa faedahnya selain mencapai keinginan dan hobi sendiri? |
|
|
|
|
|
|
|
tgh follow drama Astro- Berbagi Suami. Lakonan Amar Bahrain, Sit Elizad & SH Husna. Best gak drama version Malaysia ni. Pelakon2 semua laki bini orang tp in character betul peluk2/ pgg tangan |
|
|
|
|
|
|
|
sebab minat sis. kawan iols laki bini pegi ke Europe sana ha semata nak cycling kt sana. gigih bawak basikal
|
|
|
|
|
|
|
|
why don't u play with ur own balls?
sibuk je melecet la ape lah
|
|
|
|
|
|
|
|
main panas tetap menten putih
mencikkkkkkk
|
|
|
|
|
|
|
|
doubleA replied at 5-2-2025 09:00 PM
Apa faedahnya selain mencapai keinginan dan hobi sendiri?
Apalah tujuan hidup kalau tak buat benda benda yang kita suka. Tak kan lah nak bangun, pergi kerja, balik, tidur. On repeat je. Benda benda macam ni lah yang jadikan hidup tu, hidup. |
|
|
|
|
|
|
|
Ah mengadalah lelaki camni. Anak tinggal kat bini jaga. |
|
|
|
|
|
|
| |
|