View: 31881|Reply: 5
|
Pemandu Maut, Tesla Hangus Lepas Meletup
[Copy link]
|
|
Seorang pemandu terbunuh, manakala seorang penumpang cedera selepas kenderaan elektrik (EV) Tesla yang mereka naiki terbakar di New York, lapor akhbar New York Post semalam.
Kemalangan berlaku sekitar pukul 2.30 pagi (waktu tempatan) berhampiran 70th Street di Upper East Side, Manhattan.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202502/05/185839pyas8j8az8s8jqcr.jpg) NYP
Imej yang dimuat naik di media sosial memaparkan serpihan kenderaan bertaburan di atas jalan raya.
Polis tempatan berkata, kereta tersebut merempuh penghadang jalan sebelum terbalik dan meletup.
“Kedua-dua mangsa berusia 26 tahun berjaya dikeluarkan daripada EV yang hangus dijilat api.
“Pemandu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang penumpang yang cedera dibawa ke Hospital Presbyterian New York di Cornell untuk rawatan lanjut,” katanya.
Pihak berkuasa sedang giat menjalankan siasatan.
Sumber- Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Eh eh kes terpencil je ni. Done jd pembaris.
![](static/image/smiley/biggif/new_4.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
ICE pun terbakar jgk... kalau benda tu mudah terbakar, mmg akan terbakar.
Murphy's Law dictates "Anything that can go wrong will go wrong."
|
|
|
|
|
|
|
|
mCM filem Mission Impossible, satu bateri kecik yg katanya boleh tahan selama lamanya tetiba meletop..beso lak letopan tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|