CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6299|Reply: 0

[Tempatan] Nak lepas rindu je langgan pelacur

[Copy link]
Post time 6-2-2025 09:57 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR – Hajat seorang lelaki tempatan mendapatkan khidmat pelacuran tidak kesampaian apabila dia ditahan dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Pudu, di sini hari ini.

Menurut lelaki berusia 20-an itu, dia yang bekerja di sebuah stesen minyak sudah beberapa kali datang ke premis terbabit untuk melanggan wanita warga asing.

“Tempat kerja saya dekat dengan tempat ini dan saya datang pun hanya nak lepaskan rindu,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini hari ini.



Sementara itu, seorang wanita warga Indonesia yang dikenali sebagai Yasmine mendedahkan dia sanggup datang ke Malaysia hanya semata-mata untuk berkerja sebagai pelacur.

Kata wanita berusia 33 tahun itu, dia memasuki Malaysia menggunakan pas lawatan sosial sejak September tahun lalu.

“Saya dari Jakarta dan datang sini menaiki bot melalui Batam. Saya dapat tahu tentang kerja ini daripada rakan di Indonesia.

“Setiap pelanggan di sini akan dikenakan caj sebanyak RM60 dan separuh daripadanya akan diberikan kepada penjaga premis. Satu hari saya menerima kira-kira 10 pelanggan,” jelasnya.

Dua individu itu antara yang ditahan menerusi Ops Gegar yang dijalankan Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur.

Wartawan Kosmo! yang menyertai serbuan bermula pukul 5 petang itu mendapati bahawa premis terbabit hanya beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 5.30 petang.

Premis tersebut yang terletak di tingkat atas sebuah rumah kedai turut dikawal rapi oleh penjaga di luar bangunan termasuk dilengkapi televisyen litar tertutup (CCTV).

Pengarah JIM Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, satu lagi serbuan yang dijalankan membabitkan sebuah pusat pelacuran di Jalan Tun Razak.

“Seramai 17 warga asing ditahan termasuk 14 wanita dan tiga lelaki warga tempatan berusia antara 30 hingga 65 tahun.

“Suspek terdiri daripada sembilan warga Indonesia, Vietnam (4), Bangladesh (3), seorang warga India termasuk tiga warga tempatan yang juga penjaga premis dan pelanggan,” ujarnya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 56(1)(d), Seksyen 15(1)(c) dan 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Dalam pada itu, Wan Mohammed Saupee berkata, pihaknya turut menjalankan serbuan di sebuah kilang percetakan di Jalan Kuang Bulan, Kepong, di sini.

“Seramai lima warga asing termasuk empat wanita dan seorang lelaki tempatan berusia 30 hingga 50 tahun ditahan.

“Kesemua suspek dibawa ke Pejabat JIM Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” jelasnya.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 12:42 PM GMT+8 , Processed in 0.158960 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list