|
View: 6189|Reply: 15
|
"Dia Tahu Apa Yang Dia Dah Buat!" - Linda Minta Beego Hormat Keputusan Cerai
[Copy link]
|
|
|
Linda Hashim tidak menyangkal kenyataan suaminya iaitu Beego ada memujuk agar memaafkannya dan kembali berbaik.
Linda atau Norhazlinda Hashim, 41, bagaimanapun nekad dengan keputusan untuk bercerai memandangkan sudah banyak peluang diberikan kepada Beego namun disia-siakan.
Sebaliknya Linda berharap agar Beego atau Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, dapat menghormati keputusan dibuat kerana penceraian adalah jalan terbaik buat mereka berdua.
 Harian Metro
"Apabila sudah rujuk dan ada peluang untuk perbaiki (masalah) tapi saya tidak nampak usaha itu. Memang sukar tapi inilah keputusan saya.
"Beego tahu perasaan saya macam mana, dia kena hormat apa yang saya rasa. Sekiranya tidak bercerai takut jadi tidak ikhlas.
"Dia tahu apa yang dia sudah buat!" katanya kepada mStar ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Khamis.
Linda mengulas perkara itu sebagai respon kepada kenyataan Beego yang masih sayangkan Linda dan sudah berusaha memujuk untuk kembali bersama.
Malah Beego tidak mengetahui atau mendapat sebarang notis tuntutan penceraian yang dibuat Linda terhadapnya.
Beego juga mendedahkan Linda sudah keluar dari rumah mereka bersama anak-anak dan tidak pulang sejak empat bulan lalu.
Dalam pada itu, Linda tidak menafikan kenyataan Beego mereka sudah tidak tinggal sebumbung sejak empat bulan lalu.
Bagaimanapun kata Linda, dia tidak pernah menghalang suaminya itu berjumpa dengan anak-anak walaupun sudah tidak tinggal bersama.
"Kami sudah empat bulan tidak duduk bersama tapi saya ada bagi peluang kepadanya berjumpa anak-anak.
"Saya tak pernah halang dia jumpa anak-anak," jelasnya.
Ditanya mengenai keadaan anak-anak, Linda memaklumkan puteri sulungnya iaitu Jelita Clarissa mengetahui akan masalah rumah tangga dihadapi mereka.
"Anak yang pertama sudah tahu (mengenai cerai) malah dia banyak bagi semangat dan kekuatan dekat saya,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, mahkamah menetapkan 6 Mac depan bagi sebutan kedua kes penceraian pasangan berkenaan.
Untuk rekod, Linda memfailkan cerai terhadap Beego pada 17 Januari lalu dengan alasan sudah tidak mempunyai persefahaman.
Pada 27 Mac 2023, pasangan ini bercerai talak satu sebelum sepakat untuk rujuk semula pada 9 April 2023.
Linda turut mendedahkan mereka kemudiannya bercerai buat kali kedua selepas beberapa bulan rujuk namun kembali bersama tidak lama selepas itu.
Mereka mendirikan rumah tangga pada Jun 2013.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia yang kini berusia enam tahun.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Beego buat apa? Hahaha. Btw aku suka sangat tengok Linda ni. Cantik sangat. Harapnya lepas cerai dapat la job berlakon balik. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Takda insider kt sini leh spill beego buat apa ke.curang ke. Nk kata xckup duit...yeke. eh pelik gak ni. Wonder apa beego buat. Kot xromen dh byk bulan ke cana... isteri ni klu laki culas mau seks pun rasa stress gak. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Baca artikel online tadi katanya ada unsur domestik violence? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kaki pukul pastu tak der keje… memang Selamat jalan lah jawabnya |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah cerai, rujuk, cerai lagi? Jadi yg ni last ke cerai? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
aammyy replied at 7-2-2025 12:32 AM
Dah cerai, rujuk, cerai lagi? Jadi yg ni last ke cerai?
macam tu la kiranya. last dah. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
nyampah lah statement heols kata xtau psl pemfailan perceraian tu. bukan ke sheols dah keluar rumah 4 bln, chuols expect she duduk saja2 jer ke? yih mamat ni pun. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian linda. lawa dia ni smpai dah 40 an pon.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
I suka sgt tgk muka Linda ni. Tak jemu. Layan drama² dia kat Tv1, Tv2. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Perawankota replied at 7-2-2025 12:04 AM
Kalau kaki pukul pastu tak der keje… memang Selamat jalan lah jawabnya
suka memukul layak diceraikan aje, sayangi diri sendiri sebelum org lain.
kalau betul harapnya anak2 tak tau la ayahnya sebegitu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sheols ni cantik & pandai berlakon..takda tea spilled ke apasal depa nak cerai? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kenapa linda tak berlakon semula? bertahan jugek walau rumahtangga porak peranda.
ke ada drama baru kita tak perasan.
dulu masa muda mcm tomboi skit.. tp bila kawin dgn beego terus ayu bertudung.
kawin dgn beego tu pun kita tak sangka. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
rasa mcm msalah kewangan ... sbb lama x nampak bigo kat TV... atau ada job/bisnes lain.... kalau dah problem kewangan... bawak plak pada tekanan perasaan dan pukul2.... selalu gitu lah... |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|