CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5760|Reply: 2

Pelajar Perundangan Dan Ibu Curi Barang Kemas Pelanggan

[Copy link]
Post time 6-2-2025 04:15 PM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita bersama anak perempuannya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mencuri barangan kemas milik pelanggan mereka bernilai lebih RM20,000 ketika membersihkan sebuah rumah, tahun lalu.


Kedua-dua tertuduh, S. Wairavi, 46, dan C. Tharshini, 19, yang merupakan mengaku tidak bersalah sejurus tiga pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin.




KEDUA-DUA tertuduh diiringi anggota polis ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka.





Berdasarkan kertas pertuduhan, Wairavi didakwa mencuri sebentuk cincin emas milik mangsa lelaki berusia 61 tahun manakala Tharshini berdepan dua pertuduhan mencuri seutas coker emas dan sepasang subang emas milik mangsa perempuan berusia 17 tahun.


Kesemua kesalahan itu dilakukan antara pukul 10 pagi dan 6 petang di sebuah rumah bernombor di Taman Seri Mangga Seksyen 1 dalam daerah Melaka Tengah antara 1 Disember 2024 dan 13 Januari 2025.


Timbalan Pendakwa Raya Hanis Aliah Ahmad Kamarulnajuib mencadangkan jaminan sebanyak RM15,000 ke atas Wairavi dan RM8,000 bagi setiap pertuduhan dihadapi Tharshini.


Kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah dengan alasan Wairavi seorang ibu tunggal manakala Tharshini sedang melanjutkan pengajian dalam jurusan undang-undang di sebuah institusi pengajian tinggi swasta.


Mahkamah kemudian membenarkan kedua beranak itu dijamin RM20,000 dan menetapkan 17 Mac depan untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.




Sumber– KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2025 05:11 PM | Show all posts
aiyo, jgn kasi keling cuci rumah awak la
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 08:35 AM | Show all posts
ya Allah dik, budak law kan dik, ko kenapa sampai nak mencuri!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-4-2025 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.035671 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list