![](https://suarasarawak.my/wp-content/uploads/2025/02/PHOTO-2025-02-06-16-34-11-optimized.jpg)
HANGUS…Keadaan kereta mangsa yang hangus.
KOTA SAMARAHAN: Seorang lelaki terselamat selepas kereta yang dipandunya musnah terbakar di Kampung Pangkalan Kuap, Jalan Datuk Muhamad Musa, di sini, hari ini.
Komander Operasi PBK I TBK I Gilbert Majem berkata, mangsa yang memandu seorang diri sempat keluar dari kenderaan dan mengalami kecederaan dalam nahas sekitar jam 6.30 pagi tadi.
“Pasukan bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan dikerah ke lokasi sejurus laporan diterima. “Kemalangan melibatkan kenderaan jenis Proton Saga manakala mangsa yang mengalami kecerderaan ringan telah diberi rawatan awal,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Tambah Gilbert, mangsa seterusnya dihantar ke Institusi Jantung Kota Samarahan untuk tindakan lanjut.
Katanya, pasukan telah membuat permadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya.
Setelah memastikan tiada lagi punca kebakaran, pasukan berangkat kembali ke balai.
“Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan,” katanya.
|