CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6270|Reply: 0

Mayat semua mangsa nahas pesawat American Eagle ditemukan

[Copy link]
Post time 6-2-2025 04:46 PM | Show all posts |Read mode


WASHINGTON – Pasukan penyelamat menemui mayat kesemua 67 mangsa yang terbunuh apabila sebuah pesawat penumpang dan helikopter tentera Amerika Syarikat (AS) berlanggar berhampiran Washington, D.C, lalu terjunam ke dalam Sungai Potomac minggu lalu.

Semua kecuali satu identiti mayat telah dikenal pasti, kata kenyataan daripada pelbagai agensi kerajaan yang terlibat dalam usaha menyelamat, selepas nahas udara AS paling maut itu berlaku dalam tempoh 20 tahun.

*Hati kami teguh bersama keluarga mangsa ketika mereka mengharungi kehilangan tragis ini.

“Kami mengucapkan takziah dan terus komited bagi menyokong mereka untuk melalui masa yang sukar ini,” kata kenyataan itu.

Anggota-anggota penyelamat terus berusaha untuk mencari serpihan pesawat penumpang milik syarikat penerbangan American Airlines, American Eagle tersebut dari Sungai Potomac yang sejuk.

Menurut Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara, setakat ini, serpihan sayap kanan, bahagian tengah fiuslaj, sebahagian sayap kiri, kon ekor dan kemudi telah ditemui.


Kerja-kerja untuk mendapatkan semula bangkai helikopter akan bermula apabila usaha mencari serpihan pesawat selesai, kata agensi bandar raya itu.

Seramai 60 penumpang pesawat Bombardier CRJ-700 tersebut dan empat anak kapal serta tiga askar yang menaiki helikopter Black Hawk milik Tentera AS maut dalam nahas pada Rabu minggu lalu.

Tiada yang terselamat dalam kejadian itu. – AFP


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 03:15 AM GMT+8 , Processed in 0.094538 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list