CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7639|Reply: 0

Amerika usir 111 rakyat Singapura

[Copy link]
Post time 6-2-2025 05:00 PM | Show all posts |Read mode

Pendatang Guatemala dihantar pulang dari AS dengan menaiki pesawat tentera di Pangkalan Tentera Udara Guatemala, Bandaraya Guatemala pada 30 Januari lalu. - AFP


WASHINGTON – Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam (ICE)  mengenal pasti 111 warga Singapura untuk dihantar pulang ke negara asal mereka sejak November tahun lalu, lapor portal berita VNExpress semalam.

Mereka ialah antara lebih 1.4 juta warga asing berbilang negara yang dikenal pasti untuk dihantar pulang dan boleh ditahan pihak berkuasa kerana melanggar undang-undang Amerika Syarikat, lapor akhbar The Straits Times.


ICE kini berusaha menghantar pulang kira-kira tujuh juta pendatang tanpa izin(PATI), dengan 20 peratus dijangka diterbangkan dalam tempoh 90 hari selepas menerima perintah pengusiran.

Selain PATI, individu akan diusir itu juga terdiri daripada pemastautin tetap yang didapati melakukan jenayah, lapor portal berita Mothership.

Bagaimanapun, mereka yang akan dihantar pulang boleh tinggal di AS sekiranya diberikan  ‘pelepasan daripada penyingkiran’.

Ia terpakai kepada pemohon suaka atau mereka yang  berdepan penganiayaan sekiranya kembali ke negara asal.

Seramai 22 rakyat Singapura telah dihantar pulang dari AS antara tahun fiskal 2019 hingga 2024, demikian menurut statistik ICE. – AGENSI


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 03:24 AM GMT+8 , Processed in 0.148698 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list