CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7719|Reply: 0

[Sabah] PPM tahan dua juragan, cuba seludup 10 PTI

[Copy link]
Post time 6-2-2025 05:01 PM | Show all posts |Read mode


TAHAN: PTI yang ditahan semasa serbuan di dalam bot terbabit.

KOTA KINABALU: Cubaan dua juragan menyeludup masuk tujuh wanita dan tiga lelaki termasuk kanak-kanak warga Filipina ke negeri ini gagal apabila ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) yang menjalankan Op Taring Landai Khas Kontraban.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Mohd Nazri Ibrahim berkata, kesemua individu berusia lingkungan dua hingga 64 tahun ditahan di dalam bot tunda di kawasan perairan Laut Pulau Berhala, Sandakan, pada 2.30 pagi Rabu.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota PPM Sandakan yang menjalankan rondaan mengesan sebuah bot tunda dan dua bot laju dalam keadaan mencurigakan.

"Pasukan operasi kemudian bertindak pantas dengan bergerak terus menghala ke lokasi berkenaan dan menahan seterusnya menjalankan pemeriksaan terhadap bot tunda serta bot laju terbabit.

"Hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh PPM mendapati kedua-dua bot laju itu sedang dalam proses memindahkan penumpang yang disyaki tidak mempunyai apa-apa dokumen pengenalan diri yang sah dari bot tunda," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, pasukan operasi menahan dua juragan dan 10 penumpang serta merampas semua bot berkenaan.

"Tangkapan dan rampasan seterusnya dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan untuk tindakan dan siasatan lanjut.

"Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM219,500," katanya.

Tambahnya, kes mengikut Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) (Pindaan) 2022 dan Akta Imigresen 1959/63.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 03:27 AM GMT+8 , Processed in 0.142983 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list