CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8418|Reply: 0

[Sabah] Lelaki warga asing mengamuk ditahan polis

[Copy link]
Post time 6-2-2025 05:03 PM | Show all posts |Read mode


JASMIN

TAWAU: Seorang lelaki warga asing dipercayai berada di bawah pengaruh dadah ditahan selepas didapati mengamuk di Batu 3, Jalan Apas, di sini, semalam.

Suspek berusia 23 tahun itu dikatakan bertindak agresif dan mengancam keselamatan ahli keluarganya, kira-kira jam 12.40 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada abang ipar suspek.

Katanya, suspek bertindak mengamuk tanpa sebab dengan memecahkan peralatan di dalam rumah sehingga berlaku pergelutan antara suspek dengan abang iparnya.

“Sebaik menerima maklumat dari pusat kawalan daerah, sepasukan anggota dari Unit Kereta Peronda (MVP) segera dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Pasukan polis bertindak menahan suspek tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Menurutnya, suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk siasatan dan tindakan lanjut.

“Polis sedang menyiasat punca kejadian itu dan tidak menolak kemungkinan suspek berada di bawah pengaruh bahan terlarang.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana kesalahan khianat dengan menyebabkan kerosakan harta benda dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 03:05 AM GMT+8 , Processed in 0.483136 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list