CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10142|Reply: 0

10 PATI 'ancaman tinggi'di tahan di Guantanamo - Pentagon

[Copy link]
Post time 6-2-2025 05:26 PM | Show all posts |Read mode

Pesawat tentera Amerika Syarikat (AS) yang pertama membawa PATI yang ditahan ke kem tahanan di Teluk Guantanamo telah berlepas dari lokasi yang tidak dinyatakan di AS. Menurut Jabatan Keselamatan Dalam Negeri AS, mereka yang dibawa adalah ‘PATI yang sangat berbahaya’. - Foto REUTERS

WASHINGTON: Setakat ini, 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dianggap 'berisiko tinggi' telah tiba di Guantanamo dan kini ditahan di pangkalan Amerika Syarikat (AS) yang terkenal di Cuba, kata Pentagon pada hari Rabu.

Rumah Putih kemudian mengenal pasti mereka sebagai anggota kumpulan kongsi gelap yang berpengaruh.

Presiden AS, Donald Trump minggu lalu mengarahkan persiapan kemudahan untuk 30,000 'PATI' di pangkalan tersebut, yang terkenal sebagai pusat tahanan bagi suspek yang dituduh melakukan kesalahan berkaitan keganasan, tetapi juga mempunyai sejarah menahan pendatang asing.

"Buat masa sekarang, 10 individu berisiko tinggi ini kini ditempatkan di kemudahan tahanan yang kosong," kata Pentagon dalam satu kenyataan, merujuk kepada mereka sebagai 'PATI'.

"Penguatkuasa Kastam dan Imigresen AS mengambil langkah ini untuk memastikan penahanan individu-individu ini dengan selamat dan terjamin sehingga mereka dapat dihantar pulang ke negara asal mereka atau destinasi lain yang sesuai," tambahnya.

Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Karoline Leavitt, kemudian berkata bahawa penerbangan yang membawa PATI tersebut telah tiba pada hari sebelumnya dan mereka adalah '10 anggota kongsi gelap' transnasional 'Tren de Aragua'.

Pentadbiran Trump telah melancarkan apa yang digambarkan sebagai usaha besar untuk memerangi kemasukan pendatang asing secara haram, yang turut merangkumi serbuan imigresen, penangkapan, dan pengusiran menggunakan pesawat tentera.

Trump juga telah menjadikan isu itu ini sebagai keutamaan pada peringkat antarabangsa, mengancam Colombia dengan sekatan dan tarif besar kerana menolak dua pesawat yang membawa pulang PATI yang diusir.

Penjara Guantanamo dibuka selepas serangan 11 September 2001 dan telah digunakan untuk menahan tahanan tanpa had masa, selepas ditangkap semasa perang dan operasi lain yang menyusul.

Keadaan di sana telah menimbulkan kecaman daripada kumpulan hak asasi, dan pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengutuknya sebagai tapak yang mempunyai 'sejarah jahat yang tiada tandingan'. - AFP


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.076494 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list