CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10088|Reply: 0

Wawasan Trump bagi Gaza ialah satu bentuk 'pembersihan etnik' - PBB

[Copy link]
Post time 6-2-2025 05:35 PM | Show all posts |Read mode

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, ketika berucap di kepada Jawatankuasa Pelaksanaan Hak Mutlak Penduduk Palestin, di ibu pejabat PBB di New York, Amerika Syarikat (AS). - Foto REUTERS

NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa syor Amerika Syarikat (AS) bagi memindahkan penduduk Gaza atas alasan mahu membangunkan wilayah berkenaan mungkin jadi permulaan kepada 'pembersihan etnik' di wilayah itu jika dibenarkan.

Kenyataan Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, itu dibuat selepas Presiden AS, Donlad Trump, berulang kali menggesa penduduk di wilayah yang musnah akibat perperangan itu berpindah ke Jordan atau Mesir, sejak beberapa hari lalu.

Bercakap kepada jawatankuasa PBB berkaitan hak rakyat Palestin, Guterres berkata, pelaksanaan hak asasi rakyat Palestin pada dasarnya adalah mengenai hak mereka untuk hidup sebagai manusia di tanah air sendiri.

Beliau menegaskan, kemusnahan berskala besar lagi mengerikan susulan serangan balas rejim Zionis ke atas Gaza juga tidak boleh diterima, selain turut menegaskan tiada alasan munasabah bagi membenarkan Hamas menyerang Israel, pada Oktober 2023.

Guterres juga menegaskan idea penyelesaian dua negara sebagai rumusan terbaik bagi membolehkan Israel dan Palestin hidup dalam keadaan aman.

"Hak ini (untuk mendiami tanah air sendiri) dilihat semakin jauh untuk dicapai rakyat Palestin, selain ia menyaksikan proses nyahkemanusiaan yang mengancam keseluruhan penduduk Palestin secara sistematik ke atas semua rakyat Palestin.

Rakaman tinjauan dron menunjukkan rakyat Palestin, yang dipindahkan ke selatan atas arahan Israel semasa perang, kembali ke kediaman mereka di utara Gaza. - Foto REUTERS

"Keamanan kekal memerlukan kemajuan nyata, tidak boleh diputarbelitkan dan tetap ke arah penyelesaian dua negara, menamatkan pendudukan haram serta menubuhkan negara Palestin merdeka, dengan Gaza sebagai bahagian yang tidak dipisahkan," katanya.

Sementara itu, jurucakap PBB, Stephane Dujarric, ketika mengulas cadangan Trump, berkata 'sebarang pemindahan paksa adalah sama seperti pembersihan etnik'.

"Penting untuk kita kekal setia kepada asas undang-undang antarabangsa. Ia amat perlu untuk mengelakkan sebarang bentuk pembersihan etnik," katanya.

Duta Palestin ke PBB, Riyad Mansour pula menggesa persidangan bagi membincangkan isu itu diadakan di PBB, dijadualkan Jun ini, dengan dipengerusikan bersama oleh Arab Saudi dan Perancis.

Beliau juga mengulangi penegasan mengenai penolakan rakyat Palestin terhadap rancangan Trump untuk mengambil alih Gaza, selain berkata warga negara itu 'gembira' untuk kembali ke rumah mereka.

"Kami tidak akan tinggalkan Gaza. Ia sebahagian daripada tanah air kami dan kita tidak memiliki tanah air selain dari Palestin," katanya.

Ratusan ribu penduduk Palestin kembali ke utara Gaza yang sebahagian besarnya musnah, sejak akhir Januari lalu, susulan gencatan senjata yang menghentikan peperangan berlarutan lebih 15 bulan. - AFP


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 03:17 AM GMT+8 , Processed in 0.279248 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list