View: 6314|Reply: 23
|
[Tempatan]
Suami Buat Kejutan, Datang Pakai Baju Melayu Siap Bersampin!
[Copy link]
|
|
![](https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2025/02/Suami-beri-kejutan-pakai-baju-melayu-sempena-anniversary-ke-25.jpg)
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @nurieeana, wanita berkenaan pada mulanya dilihat malu apabila mengetahui dia direkod oleh rakan sekerjanya sendiri.
Walau bagaimanapun, dia terus menuju ke suaminya yang sedang menunggu di atas motor lengkap dengan pakaian baju Melayu berwarna kuning dan sampin siap dengan songkok.
Suami Cium Dahi Isteri Selepas Isteri Hulur Tangan Untuk Salam
Lebih menyentuh hati, si suami terus mencium dahi isterinya sebaik sahaja wanita itu menghulurkan tangan untuk bersalam.
“Suami datang pakai baju Melayu siap bersampin jemput isteri balik kerja sempena ulang tahun perkahwinan yang ke-25 tahun. Semoga bahagia hingga syurga,” tulis pengguna berkenaan.
Niat Asal Nak Beri Hadiah Lain, Tapi Beri Kejutan Dengan Pakai Baju Melayu
Kongsi pengguna berkenaan kepada BuzzKini, suami rakan sekerjanya itu sebenarnya mahu memberi hadiah lain iaitu jambangan bunga segar kepada isteri tercinta.
Namun kerana tidak jumpa hadiah yang diinginkan, lelaki itu akhirnya membuat keputusan untuk memakai baju Melayu sebagai kejutan.
Hukum Sambut Ulang Tahun Perkahwinan
Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum menyambut ulang tahun perkahwinan adalah harus namun perlulah mengikut beberapa garis panduan seperti tidak diiktikadkan sambutan tersebut sebagai pegangan Islam atau sunah mahupun digalakkan.
Sekiranya ia diraikan bagi memperingati dan menzahirkan rasa gembira serta mengingatkan tentang kematian atau muamalah suami dan isteri atau memperbaiki hubungan dengan pasangan, maka ia dibolehkan.
Namun, ia tidak harus sekiranya sambutan ulang tahun itu membawa kepada percampuran antara lelaki dan wanita tanpa batas serta mengandungi ucapan yang dimurkai oleh Allah SWT serta tarian yang keji kerana perhimpunan atas kebatilan.
Ramai Kagum Suami Masih ‘Sweet’ Walau Dah Kahwin Lama
Video yang telah mendapat lebih 122,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang kagum dengan usaha lelaki berkenaan yang berusaha meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-25.
Ini kerana ada yang berpendapat, tidak semua orang mampu bertahan dan kekal sweet kepada pasangan walaupun telah berkahwin untuk tempoh masa yang lama.
Malah, ada juga segelintir pengguna yang meluahkan sikap pasangan sendiri yang langsung tidak mengingati tarikh anniversary mereka.
Ini antara komen pengguna TikTok:
“Suami Saya Langsung Tak Ingat Anniversary Kami, Yang ke-25 Juga Tahun Ini” |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kawen masa umur brapa nie? kenapa nampak mcm anniversary ke 35 instead of 25 |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nolya at 7-2-2025 02:13 PM
Melihat pasangan lain begitu sepakat & bahagia, kita semua juga ikut rasa bahagia walaupun ada di antara pasangan2 lain yg tidak kebagian spt dilayani begitu oleh pasangan masing2. Ghalat ke? Mungkin suami2 begitu lupa agaknya. |
|
|
|
|
|
|
|
wahhh
bikin romantissssssssssssss
![](static/image/smiley/biggif/new_12.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Hurmmmm pakcik ada buat salah aper niii ![](static/image/smiley/onion/question.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
sambut wedding anniversary pun pejabat mufti nak keluarkan hukum, wtf give me a break
|
|
|
|
|
|
|
|
duduk dalam gua ka?masih tak tau dlm islam semua benda ada hukum
termasukla cebok pantat skali, kalu masih buta hukum, ada yg pi tanya mufti plak, nmpk cm bodoh tapi lagi bagus bodoh dari bodoh sombong.
selama hidup 40 tahun, cebok pantat tak tau, psl tak belajar, tak dengar nasihat, panduan bagai..
|
|
|
|
|
|
|
|
Adoiiii ko ingat semua org perlukan mufti punya kepala otak ke utk benda2 simple mcm tu huh whatever lah i dont i can figure out myself huh
|
|
|
|
|
|
|
|
Apasal tak pakai helmet ![](static/image/smiley/default/3vmad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Yg perlu dipertikaikan tak pakai helmet |
|
|
|
|
|
|
|
maybe sbb suaminyaberjanggut putih hehe
saya pun tengok balik gambar bila baca anni ke 25 ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
konten² tiktok pulak dok jadi isu semasa. |
|
|
|
|
|
|
|
sayawifenikmie replied at 9-2-2025 01:06 AM
maybe sbb suaminyaberjanggut putih hehe
saya pun tengok balik gambar bila baca anni ke 25
...
Suami nampak tua, mcm dah above mid 60's |
|
|
|
|
|
|
|
Orenn1 replied at 8-2-2025 05:06 PM
Adoiiii ko ingat semua org perlukan mufti punya kepala otak ke utk benda2 simple mcm tu huh whatev ...
Tapi memang katenye Nabi Adam mengenal benda di ajar oleh Malaikat.
Kalau tak jadi Tarzan![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|