View: 16505|Reply: 185
|
Siapa Selebriti Muslimah Yang Galak Menyondol Suami Orang? Katanya Dah 2 Keluarga Hancur
[Copy link]
|
|
Ibarat telur di hujung tanduk! Demikian situasi terkini rumah tangga sepasang suami isteri selepas didakwa telah diganggu oleh seorang selebriti wanita berpenampilan muslimah sejak dua tahun lalu.
Tampil secara eksklusif mendedahkan sikap dan perangai sebenar selebriti itu, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Y tidak menyangka hubungan istimewa suaminya dan selebriti wanita itu terjalin secara diam.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202502/07/083925uywannpk0pp86kab.jpg) Gambar hiasan
"Kami suami isteri mula berkenalan dengan selebriti wanita itu apabila dia menjadi pelanggan bisnes kami. Selepas itu, saya dan dia mula rapat sehingga saya sendiri dah menganggap dia sebagai famili.
"Dia sering datang ke rumah dan saya tidak mengesyaki sebarang perkara mencurigakan disebabkan imej muslimah dan sikap lemah lembut yang dia bawakan.
"Dia turut membawa anaknya bermain dengan anak kami di rumah. Sehinggalah saya rasakan sesuatu yang pelik kerana interaksi dan bahasa tubuh selebriti itu dengan suami saya sangat berbeza," dakwanya.
Bagaimanapun, hubungan mesra antara selebriti wanita itu dan suami Y dapat dihidu apabila Y membaca mesej mereka secara tidak sengaja di media sosial.
"Alangkah terkejutnya saya apabila terbaca mesej mesra mereka. Selebriti yang saya anggap sebagai keluarga, orang yang saya sangka baik dan berpenampilan suci murni memanggil suami saya dengan panggilan manja. Rupanya dia sudah lama mahu mendekati suami saya dan mereka telah menjalinkan hubungan istimewa selama hampir dua tahun.
"Saya bersemuka dengan selebriti itu namun dia pusing cerita. Dia menggunakan alasan agama dan mahu saya menerima dia sebagai madu. Saya sangat kesal kerana telah melayan dia seperti keluarga namun akhirnya dia tikam belakang saya," dakwanya lagi.
Lebih memburukkan keadaan, selebriti itu tidak berputus asa untuk meraih perhatian dan usaha untuk bergelar isteri kedua kepada suami Y.
"Dia masih berusaha, menghantar saya petikan hadith dan ayat-ayat Islamik berkenaan poligami. Suami juga memujuk agar kami duduk bertiga dan berbincang mengenai perkara ini sedangkan saya memang tak bersetuju sejak awal sehingga rumah tangga kami goyah.
"Tujuan saya tampil mendedahkan perkara ini kerana mahu menyelamatkan rumah tangga saya dan suami. Saya tak mahu bermadu dan mahu mengekalkan keharmonian perkahwinan.
"Jika selebriti itu masih berdegil, saya tidak teragak-agak untuk mendedahkan identiti dirinya berserta bukti dia mengganggu rumah tangga saya," dakwanya lagi.
Difahamkan, selebriti wanita berstatus muslimah itu pernah didakwa menghancurkan dua rumah tangga lain sebelum ini.
Sumber: Gempak |
|
|
|
|
|
|
|
awal sangat masuk
parking dulu |
|
|
|
|
|
|
|
clue takde langsung. Setakat selebriti muslimah...bersepah sini |
|
|
|
|
|
|
|
selebriti muslimah janda ada anak mana plak??
|
|
|
|
|
|
|
|
Tapi jahat ya MO selebriti moslemah makjan ada anak tu. Siap anak2 main sekali. Tonggang agama pulak psiko bini tu. Suami bini tu sama gelenyar |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa pulak ni???awal masuk pulak hr ni hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Aku dok byg mcm IH sbb baru jd janda. Tp xdek pulak sblum ni isu dia cuba sondol laki org. Aman2 ja idopnya. Pelik ni |
|
|
|
|
|
|
|
Ler dah tahu dia tu janda pernah hancurkan rumah tangga orang dah ko pulak anggap sebagai keluarga dah kenapa? |
|
|
|
|
|
|
|
Meols nak tuduh ex waifu Daie Farhan tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Xrasa IH..sbb ni dah 2tahun katanya |
|
|
|
|
|
|
|
Manusiabesa replied at 7-2-2025 09:37 AM
Aku dok byg mcm IH sbb baru jd janda. Tp xdek pulak sblum ni isu dia cuba sondol laki org. Aman2 ja ...
Ada sorg yg iols terbyg..model moslemah kiri seleburiti jugek ke |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 7-2-2025 09:39 AM
Meols nak tuduh ex waifu Daie Farhan tu.
Seleburiti ke dia tu![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
pocongkiutss replied at 7-2-2025 01:48 AM
Seleburiti ke dia tu
Seleburiti la kot kan dikenali gak. Haha. |
|
|
|
|
|
|
|
iolss pun terpikir dia dulu. tapi tu lah, takde dengar citer dia try sondol laki orang.
lagi sorang iolss trpikir sang ratu. ada gossip kan dia try caras laki bff sendiri. tapi dia tengah 'berkawan' dengan Mr. E pulak
![](static/image/smiley/default/shy.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
laki ko yang merenyam kak. ko nak simpan lagi laki sebegitu. kalau laki ko tak nak, betina tu bogel depan laki ko pon dia buat bodo
gigih ko selamatkan rumahtangga ye kak |
|
|
|
|
|
|
|
Ala..sapa? Belanja la hint lebih sikit |
|
|
|
|
|
|
| |
|