CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 27439|Reply: 53

[Tempatan] Kegilaan apakah ini…Ziarah rakan mati pun kena minta izin Jakim?

[Copy link]
Post time 7-2-2025 06:02 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 7-2-2025 02:12 AM

Saravanan: Ziarah rakan mati pun kena minta izin Jakim?
Diterbitkan:  Feb 5, 2025 5:04 PM
Dikemaskini: 9:22 AM





Timbalan Presiden MIC, M Saravanan, mengkritik cadangan garis panduan baharu bagi umat Islam untuk menghadiri acara bukan Islam, termasuk majlis pengebumian.

Ini susulan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Na’im Mokhtar yang menyebut penganjur acara antara agama perlu mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa berkaitan.

Adakah menteri mengatakan setiap kali ada kematian seorang bukan Islam, rakan Muslim perlu mendapatkan kelulusan sebelum menghadiri upacara pengebumian?

Apabila seseorang meninggal dunia, adakah kita perlu meminta kebenaran Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) sebelum membenarkan umat Islam memberikan penghormatan terakhir?




Memandangkan tanah perkuburan Islam terletak bersebelahan dengan krematorium bukan Islam di Klang, adakah kita perlu membakar semua mayat di luar bangunan majlis perbandaran sebagai gantinya," soalnya pada satu kenyataan hari ini.
Dia juga menyoal sama ada kelulusan Jakim diperlukan atau tidak sekiranya bukan Islam mahu menjemput rakan Muslim ke majlis perkahwinan.

Dalam jawapan bertulis di parlimen semalam, Na’im mengumumkan kerajaan akan memperkenalkan garis panduan baru bagi majlis melibatkan umat Islam di rumah ibadat bukan Islam.

Garis panduan tersebut termasuk syarat mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa agama jika acara itu melibatkan umat Islam, serta memastikan acara tersebut tidak mengandungi unsur yang boleh menyinggung sensitiviti umat Islam.




Antara unsur yang boleh menyinggung sensitiviti umat Islam termasuk ucapan dan lagu berkaitan agama; risalah agama, persembahan atau ucapan yang menghina Islam; penganjuran acara ketika waktu solat umat Islam; lokasi acara yang berdekatan dengan surau, masjid, tanah perkuburan Islam atau tanah wakaf; serta premis yang mengandungi simbol agama bukan Islam.

Saravanan berkata garis panduan ini mengganggu perpaduan rakyat Malaysia dan menjadi contoh bagaimana kerajaan menggunakan isu kaum dan agama sebagai alat untuk memecahbelahkan masyarakat.

Dia menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim campur tangan dalam perkara ini serta meminta kerajaan berunding dengan kaum lain sebelum membuat keputusan yang memberi kesan kepada semua pihak.

"Pindaan ini akan menjadi liabiliti kepada kerajaan pemerintah kerana ia berkemungkinan mengurangkan sokongan bukan Islam terhadap Kerajaan Perpaduan," katanya lagi.



Sementara itu, Ahli Parlimen Klang Ganabatirau berkata garis panduan itu kemungkinan akan mencacatkan perpaduan negara.

"Memang kenyataan sebegini akan mengundang pelbagai kerisauan dan kemusykilan yang tak dapat dijawab.

"Apa kita perhatikan titah Yang dipertua Agong pada sesi pembukaan parlimen, menitahkan ahli parlimen sebagai benteng perpaduan. Yang itu patut kita menjunjung.

"Garis panduan ini juga menguriskan hati sekiranya ia seperti perayaan, pengebumian dan upacara agama yang lain, kita tidak pernah dengar apabila menghadiri upacara agama ia mengganggu keimanan seseorang saudara Muslim," katanya kepada Malaysiakini.




Jumaat lalu, Anwar menegur pihak yang cuba menimbulkan isu perayaan antara kaum di negara ini. Tegasnya, Malaysia sepatutnya menjadi contoh perpaduan kaum yang kukuh.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan turut menyuarakan kebimbangan mengenai garis panduan baharu yang dicadangkan.

Dia berkata garis panduan ini boleh menghalang wakil rakyat Muslim daripada menghadiri acara komuniti anjuran bukan Islam.

Menurutnya, sekumpulan ahli parlimen merancang untuk bertemu dengan Na’im bagi membincangkan garis panduan baru tersebut.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2025 06:08 PM | Show all posts
Kenapa nak dipersulitkan. Islam itu Indah & Mudah kot.

Entahla....

Japgi org kata aku liberal pula.

Susah nak komen.

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by batmana at 7-2-2025 06:48 PM

Panduan tu nasihat ajala..buat pihak kafir yg pertikai kn tu . ko igt langgar panduan ni Kene penjara 100 tahun denda rm1 juta ke bahlol?

Yg kaum ko pacak kuil haram kt tanah org tanpa kebenaran tu kot tk bising plak?ada 700 kuil haram kt Selangor..tapi ko tkde bunyi.apa guna tanah org tu tk menjejaskan perpaduan awam ka?


Merujuk kepada data yang diperoleh daripada PBT, berikut adalah pecahan jumlah kuil tanpa izin atau tidak berdaftar mengikut PBT:



BIL        PBT       
JUMLAH KUIL TANPA IZIN

1        MBSA       
38

2        MBPJ       
18

3        MBSJ       
33

4        MPKj       
57

5        MPS       
72

6        MPK       
165

7        MPAJ       
41

8        MPSp       
53

9        MPKL       
57

10        MPKS       
188

11        MPHS       
51

12        MDSB       
0

JUMLAH

773
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Zeelalala replied at 7-2-2025 06:08 PM
Kenapa nak dipersulitkan. Islam itu Indah & Mudah kot.

Entahla....

Siapa kata Islam itu mudah.

Ko ingat mudah belajar Tajwid...mengaji salah dapat dosa.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by arnauld at 7-2-2025 08:37 PM

Buat jer mcm sekarang kuliahkan kat surau jer adat istiadat interaksi dgn non muslim ni yg nak apply permission tu kan bnyk kerja tu. dia ni pandai fardhu ain jer bab operational fail. Sejak bila plk kabinet ada kuasa atas hal ehwal agama islam??? Bkn under majlis agama islam negeri under sultan ker...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 7-2-2025 07:08 PM
Siapa kata Islam itu mudah.

Ko ingat mudah belajar Tajwid...mengaji salah dapat dosa.

Kebenaran yg sememangnya pahit
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2025 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Kito bley becky
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
bg i ok je kot..i pergi je..nyah xkn xnk p kalau nenek atuk kita yg agama lain...hish xfhm la nk rumitkn keadaan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2025 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Garis panduan tu untuk org islam terjebak dgn perkara yg bertentangan islam aje, lg2 kalau mualaf mesti nak tau ape boleh dan xboleh..melawat parents berlainan agama yg meninggal xkan le xboleh..ni untuk org islam aje, yg non muslim apesal nak menyalak menyebok,bodoh betul
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 11:47 PM | Show all posts
Garis panduan je pun... bukan undang2.. mungkin cara beri penghormatan yang proper.. kalau orang tu sujud kat mayat boleh ke ko ikut etc... yang si Saravanan ni melenjit tak tentu pasal tu apa hal.. kalau ko hindu visit kawan islam meninggal pun.. kalau orang islam doa tadah tangan.. kalau ikut agama hindu boleh ikut tak?.. mungkin "gatis panduan" agama hindu tak bagi atau takde hal suka hati... at least orang hindu tau la position depa...

lagi satu bila masa pulak Jakim kata kena mintak kebenaran nak visit funeral kawan non-muslim.. over la.. orang islam yang cas liberal pulak, ikut ko la nak ikut garis panduan tu.. kalau tak ikut orang lain pandang serong.. hadap je lah.. bukan masuk jel pun..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2025 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Nama pun garis panduan je, bukannye akta pun. Terpaling perpaduan kekdahnye, knp tak ko pantau page2 FB yg terang2 racist. Ada satu page tu ayahanda kaki provok VERSI INDIA, ni aku tak paham camne boleh tak kene ban pun
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2025 02:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Teruskan perjuangan  wahai jakim.
Kpd yang menentang semoga pmx n lain2 melingkup
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2025 06:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Garis panduan untuk org Islam, yang bukan Islam menggelupur tu dah kenapa?

Bebaru ni colleague iols mak dia meninggal, she was Muslim tapi masuk Hindu in late 60s. Sedara mara yang Muslim datang melawat. Hindu ni depa ada ritual so better la Jakim keluarkan guidelines jadi terang dan jelas duduk perkara yang boleh dan tak boleh.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2025 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Sendiri buat hal sendiri jadi hero..mo kerajaan madani ni saje buat hal lepas tu claim jadi hero bila org dah bising2
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2025 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
JAKIM ni kena tunjuk bukti apa yang telah mereka berjaya majukan. Kalau tak tukar ja nama jabatan tu jadi jabatan kemunduran islam Malaysia. Acronym boleh maintain.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2025 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 7-2-2025 06:46 PM
Panduan tu nasihat ajala..buat pihak kafir yg pertikai kn tu . ko igt langgar panduan ni Kene penjar ...

Mungkin di sini masalahnya

"... penganjur acara antara agama perlu mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa berkaitan."
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2025 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Demi sekeping undi.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2025 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 7-2-2025 07:08 PM
Siapa kata Islam itu mudah.

Ko ingat mudah belajar Tajwid...mengaji salah dapat dosa.

Kekadang aku wonder siapa yang mula2 cipta ungkapan islam itu mudah. Motif?
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2025 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 8-2-2025 09:52 AM
Mungkin di sini masalahnya

"... penganjur acara antara agama perlu mendapatkan kelulusan daripada ...

Memang ini masalah dia. Imposing on non-Muslims sedangkan jabatan agama tiada bidang kuasa ke atas mereka. Lepas dah cuba atur acara orang, ada hati pulak cakap jangan campur urusan umat Islam. Padahal orang bukan Islam tu marah sebab urusan dia dicampuri.

Cuba fikir kalau negara ABC kata kalau ada orang agama DEF ziarah Muslim meninggal, maka keluarga Muslim tu kena pastikan tiada talkin atau tazkirah, tiada doa2, tiada bacaan Yasin, kalau ada ayat Quran kena turunkan dan sorok, kalau ada simbol ke pakaian berbentuk Islamic kena sorok. Umat Islam negara ABC bantah. Adakah tindakan umat Islam dianggap mencampuri urusan agama DEF?
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2025 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
selipar_hijau replied at 7-2-2025 08:52 PM
Kebenaran yg sememangnya pahit

Solat ulang balik sebab tertinggal Rukun Kauli pun jadi dosa....ni meols tengok pengajian kat Tiktok.

Tertinggal solat kemudian Qada Solat pun kena hisab dan hukum di akhirat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 03:21 AM GMT+8 , Processed in 0.057258 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list