CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19673|Reply: 0

[Sabah] Bincang langkah hadapi situasi banjir

[Copy link]
Post time 7-2-2025 10:04 PM | Show all posts |Read mode


BINCANG: Mesyuarat diadakan bersama agensi dan jabatan kerajaan bagi menghadapi situasi banjir yang melanda di Keningau.

KENINGAU: Berikutan bencana alam banjir kilat yang melanda Pekan Keningau petang semalam, satu Mesyuarat Tindakan Bencana Daerah telah diadakan bagi membincangkan langkah terbaik dan terpantas dalam menangani situasi itu.

Antara pihak yang terlibat dalam mesyuarat tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman yang turut mengetuai perbincangan untuk mencari penyelesaian segera semasa bencana.

Tindakan pantas dan proaktif yang diambil oleh pihak berkuasa mendapat pujian daripada penduduk setempat, yang menzahirkan rasa kagum terhadap komitmen dan kecekapan pemimpin dalam menguruskan krisis ini.

Dalam mesyuarat itu, pelbagai langkah strategik telah dirangka bagi memastikan bantuan segera dapat disalurkan kepada mangsa banjir dan mengurangkan risiko kecederaan serta kerosakan harta benda.

Selain itu, mesyuarat yang diadakan turut menekankan kepentingan kerjasama erat antara agensi kerajaan, sukarelawan, dan komuniti setempat untuk memastikan keberkesanan tindakan semasa bencana.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15886 Replies : 27
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 193357 Replies : 7103
Betul ke ayat" ni semua?
beansoyaBetul ke ayat" ni semua?
Views : 3152 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 113716 Replies : 4976
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24475 Replies : 18
Jalan-jalan cari hantu
BicaraHatikuJalan-jalan cari hantu
Views : 40594 Replies : 42
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25782 Replies : 146
Komputer ada problem..
faristoyouKomputer ada problem..
Views : 16951 Replies : 3
Putera Harry sahkan pemastautin tetap Amerika Syarikat
maklukpenggodaPutera Harry sahkan pemastautin tetap Am
Views : 10023 Replies : 24
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29191 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 01:10 AM GMT+8 , Processed in 0.067281 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list