CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19499|Reply: 0

[Sarawak] Polis Marin rampas minuman keras, rokok bernilai lebih RM700,000

[Copy link]
Post time 7-2-2025 10:24 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 7-2-2025 02:41 PM



ACP AB Rahman Mat Hasan (gambar sisipan). Antara minuman keras pelbagai jenis tanpa cukai yang dirampas.

KUCHING: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 berjaya merampas pelbagai jenis minuman keras dan rokok dianggarkan bernilai RM724,570 yang disyaki tidak bercukai.

Komander PPM Wilayah 5 ACP AB Rahman Mat Hasan berkata rampasan telah dibuat dalam satu serbuan ke atas sebuah premis di Batu 10, Kota Padawan sekitar jam 11 pagi pada Khamis.

Menurutnya, seorang lelaki warga tempatan turut ditahan dalam operasi tersebut untuk siasatan lanjut.

“Bertindak atas maklumat ketika menjalankan ‘OP Taring Landai’, sepasukan anggota dari Unit Risikan Marin (URM) PPM W5 Kuching, Sarawak telah menahan seorang lelaki warga tempatan di sebuah premis di Kota Padawan.

“Hasil pemeriksaan ke atas premis tersebut mendapati terdapat pelbagai minuman keras dan rokok yang disyaki tidak bercukai serta tidak mempunyai pelekat setem daripada Kastam DiRaja Malaysia,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.


Rampasan semasa operasi tersebut-gambar PPM W5.

Susulan itu, pasukan operasi bertindak merampas kesemua minuman keras dan rokok tersebut untuk siasatan lanjut di bawah Akta Kastam 1967.

“Jumlah keseluruhan nilai rampasan adalah sekitar RM724,570.

“Sekiranya didapati bersalah, suspek boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali,” tegasnya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15886 Replies : 27
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 193357 Replies : 7103
Betul ke ayat" ni semua?
beansoyaBetul ke ayat" ni semua?
Views : 3152 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 113716 Replies : 4976
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24475 Replies : 18
Jalan-jalan cari hantu
BicaraHatikuJalan-jalan cari hantu
Views : 40594 Replies : 42
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25782 Replies : 146
Komputer ada problem..
faristoyouKomputer ada problem..
Views : 16951 Replies : 3
Putera Harry sahkan pemastautin tetap Amerika Syarikat
maklukpenggodaPutera Harry sahkan pemastautin tetap Am
Views : 10023 Replies : 24
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29191 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 01:04 AM GMT+8 , Processed in 0.044648 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list