View: 36218|Reply: 7
|
[Dunia]
Donald Trump kenakan tarif 25 peratus ke atas import keluli, aluminium ke AS
[Copy link]
|
|
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan rancangan untuk mengenakan tarif sebanyak 25 peratus ke atas import keluli dan aluminium ke negara itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) pada Ahad.
"Sebarang keluli yang memasuki AS akan dikenakan tarif 25 peratus," kata Trump kepada wartawan yang mengiringinya.
Ketika ditanya sama ada import aluminium turut terjejas, Trump menjawab, '25 peratus untuk kedua-duanya'.
Beliau mengesahkan bahawa tarif 'timbal balik' tambahan akan diumumkan dalam minggu ini, dengan pengisytiharan rasmi dijangka dibuat pada Selasa atau Rabu.
"Secara ringkas, jika mereka mengenakan tarif ke atas kita, kita juga akan mengenakan tarif ke atas mereka," katanya sambil menambah bahawa langkah itu akan berkuat kuasa 'hampir serta-merta'.
Tarif AS sebanyak 10 peratus ke atas barangan China mula dikuatkuasakan pada Selasa, manakala tarif 25 peratus yang dirancang ke atas import dari Mexico dan Kanada ditangguhkan sementara selama 30 hari.
Penangguhan itu dibuat susulan komitmen kedua-dua negara untuk meningkatkan langkah keselamatan sempadan.
Trump, yang memenangi pilihan raya presiden pada November lalu dengan berkempen untuk mengurangkan defisit perdagangan, sebelum ini pernah mengenakan beberapa tarif semasa penggal pertamanya dari 2017 hingga 2021.
Sumber – Berita Harian
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Trump ni smart, he is a business man...the only way to avoid global economic downturn is to avoid using the US Dollar, countries should start trading in their own currency or through gold exchange |
|
|
|
|
|
|
|
heran gak aku barang mentah dibawak masuk pun ada tarif? utk ape? trump ni ada pikir tak lepas ni maybe dh takde org nk masuk barang mentah ke negara die sbb tarif tinggi sgt baik jual kt tmpt lain je |
|
|
|
|
|
|
|
knp tindakan tariff trump ni sangat mendadak... ada problem yg teruk ker ekonomi amerika sebelum trump jadi president
apa tujuan, dia nak seimbangkan transaksi ekonomi atau sebagai ugutan politik ... atau kedua-dua |
|
|
|
|
|
|
|
ifanonline replied at 10-2-2025 03:39 PM
Trump ni smart, he is a business man...the only way to avoid global economic downturn is to avoid us ...
Trump keluarkan usa dari who pon effect dia skrg ramai pesakit aids katanya 7 juta susah nk dapat akses ubat |
|
|
|
|
|
|
|
plywood replied at 10-2-2025 05:17 PM
knp tindakan tariff trump ni sangat mendadak... ada problem yg teruk ker ekonomi amerika sebelum tru ...
Sbb ramai negara brgntung dgn usa |
|
|
|
|
|
|
|
tapi usa jgn sombong sgt, byk je negara2 lain dah semakin membangun. north korea pun dh start pelan2 bukak border diorang. die taknak beli negara lain ade je yg nak beli. jgn strategi die memakan diri udahle. mungkin dia masih rasa yang USA ni power mcm zaman2 American Dream dulu
|
|
|
|
|
|
|
| |
|