CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 22976|Reply: 53

Ramai mula menjauhi Rozita Che Wan, hutang Mara RM1 juta sudah langsai

[Copy link]
Post time 13-2-2025 10:41 PM | Show all posts |Read mode



LAMA mengelak daripada mengulas mengenai isu hutang terhadap pihak Majlis Amanah Rakyat (Mara), pelakon Rozita Che Wan akhirnya tampil bersuara mengenai perkara tersebut.

Rozita atau mesra disapa Che Ta, 52, memberitahu dia sudah melangsaikan tunggakan hampir RM1 juta kepada pihak Mara.

“Alhamdulillah semua sudah selesai. Sudah tiada apa-apa kaitan.

“Cuma saya masih ada hutang rumah yang perlu dibayar. Rasanya semua orang pun tak boleh elak dengan komitmen seperti itu,” katanya kepada mStar.

Rozita berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pertunjukan fesyen Hikayat Ariani Karya Seindah Busana yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Khamis.

Dalam pada itu, Rozita menjelaskan dia mengunci mulut daripada mengulas mengenai isu tersebut kerana merasakan orang ramai tidak perlu mengetahui mengenainya.

Malah pelakon drama Kiah Pekasam ini juga bertindak lebih matang apabila berdepan dengan kontroversi itu.

“Saya rasa tak perlu nak tampil atau beri penjelasan kepada sesiapa pun. Saya tak ada masalah dengan orang lain. Jadi saya simpan untuk diri sendiri.

“Cuma mungkin sekarang saya semakin matang dan bila mana membabitkan ahli keluarga, lebih-lebih lagi anak-anak,” ujarnya.

Dalam masa sama, Rozita memberitahu ada dalam kalangan rakan yang mula menjauhkan diri susulan isu panas berkaitan dirinya.

Enggan ambil pusing, sebaliknya menganggap apa yang berlaku memberi pelbagai hikmah termasuk siapa kawan dan lawan.

“Mestilah ada menjauhkan diri dan Allah bagi ujian agar kita boleh tengok yang mana Allah nak jauhkan daripada kita.

“Saya fikir positif sahaja sebab setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya,” luahnya.



Rozita tampil bersama jenama Ariani memperagakan koleksi Ariani Luxe 2025.

Sebelum ini, nama Rozita panas apabila dia dilaporkan gagal membayar hutang hampir RM1 juta kepada Mara.

Susulan kegagalan membayar hutang, banglo Rozita di Petaling Jaya, Selangor diserbu pihak Mara pada 10 Disember tahun lalu.

Tindakan itu dipercayai dilakukan bagi membolehkan pihak Mara menilai barang-barang dalam banglo terbabit bagi tujuan penyitaan.

Bagaimanapun pelaksanaan penghakiman terhadap pelakon itu ditangguhkan selepas dia membuat sebahagian pembayaran hutang Mara sebanyak RM550,000.

Manakala bakinya perlu diselesaikan dalam tempoh tiga bulan iaitu sebelum penghujung Mac 2025.

Kredit : mstar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2025 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
memang patut pun org jauh dari kau. ariani je vod*h amik ko

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2025 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
irvene replied at 13-2-2025 10:44 PM
memang patut pun org jauh dari kau. ariani je vod*h amik ko

Baru ke ni chuols? Kenapa serem gambar tu? Mana mekap sekati mcm selalu tu?
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2025 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
bedahmenjuyah replied at 13-2-2025 10:51 PM
Baru ke ni chuols? Kenapa serem gambar tu? Mana mekap sekati mcm selalu tu?

  


opkos baru! 2 jam yg lalu. ariani luxe baru post
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2025 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada pun duit.. kalau tak kantoi mmg dia tak akan byr kot... nekta dah boleh meriak balik

Ariani mcm x de artis lain yihh
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2025 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Enggan ambil pusing, sebaliknya menganggap apa yang berlaku memberi pelbagai hikmah termasuk siapa kawan dan lawan.


Eh Eh Eh kau. ko yang salah pastu nak salah kan org lain pulak. boo la kau akok kedut!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2025 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya rasa tak perlu nak tampil atau beri penjelasan kepada sesiapa pun. Saya tak ada masalah dengan orang lain. Jadi saya simpan untuk diri sendiri.

kisah diri sendiri nak kunci mulot. kisah org p canang 1 Malaya. akok kedut akok kedut. mana nak pernah nampak diri sendiri yg salah. ye dak?
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2025 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
hutang wajib dibyr
thats it
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2025 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
mak sape ni oii? yg pakai baju hitam tu. yang tidak2 aje pakaian ko makcik oii. yang ariani pun tergamak ko pergi post!

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2025 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Pasni boleh ulang alik london rumah kedua.

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2025 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Hikayat ariani tu vibe macam ahli sihir mak tiri cinderella.


Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2025 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
irvene replied at 13-2-2025 11:31 PM
mak sape ni oii? yg pakai baju hitam tu. yang tidak2 aje pakaian ko makcik oii. yang ariani pun terg ...

Macik kebaya hitam tu sopan dalam seksi gittew.


Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2025 11:37 PM | Show all posts
say asuka jer che ta ni
selamat beli 3 lai kaftandia
cantik .. lembut dan sejuk kain dia
nampak mahal walau reger rm159 jer
saja support cheta buat bayaq utang mara
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2025 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Apsal.muka dia stress bebenor
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2025 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Soeb versi wanita ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2025 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Lainnya muka takde seri mcm selalu. Renungan tu nampak stress je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2025 12:13 AM | Show all posts


Cuma saya masih ada hutang rumah yang perlu dibayar.


Patut lah kolam berlumut..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2025 12:18 AM | Show all posts
Apa bukti dh byr
Tunjuk bukti lah baru nitezen percaya
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2025 12:28 AM | Show all posts
irvene replied at 13-2-2025 11:31 PM
mak sape ni oii? yg pakai baju hitam tu. yang tidak2 aje pakaian ko makcik oii. yang ariani pun terg ...

Acik keluar rumah tak tgk cermin dulu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2025 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Meol selalu jumpe cheta ni. Sheol cantik betul depan2.  Watak cam garang tp friendly je. Sering bertegur sapa dgn meol sbb da kerap jumpa kan? Hehe..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 11:27 AM GMT+8 , Processed in 0.064674 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list